BAH – Najah Asri

Bah sudah sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Timur. Padahal di bahagian lain Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga dilanda banjir tak kira masa. Paling sedih, warga kotaraya seringkali terperangkap dengan banjir kilat apabila hujan turun mencurah2 dari langit beberapa jam saja.

Kata orang2 tua, bah itu bahaya. Bahaya? Tentu lah bahaya sebab, saban tahun apabila bah melanda, ada saja berita kematian. Di corong2 radio sekarang, penyiar sentiasa mengingatkan ibubapa agar sentiasa mengawasi anak2 yang bermain air.

Orang dewasa juga terdedah dengan bahaya bah ni. Kaum lelaki yang merasa gagah, ada juga yang berani mengharung air bah di jalan dengan kereta mereka. Silap haribulan, air laju boleh menghanyutkan kereta dan penumpang di dalamnya dan terperangkaplah mereka. Keadaan cemas ini bisa mengundang maut apabila tingkap dan pintu kereta tidak dapat dibuka dan lemaslah orang di dalam kereta itu.

Kaum wanita juga terdedah dalam keadaan bahaya. Sewaktu mengharung air, secara otomatis, mereka akan mengangkat kain dan mempamerkan betis mereka yang mulus. Walau tiada mengundang keganasan fizikal, aurat yang terdedah tentunya menjadi tontonan khayalak ramai yang bukan muhrim. Maka dinasihatkan kepada kaum hawa, di musim banjir, pakailah seluar panjang, walaupun berjubah mahupun berbaju kurung.

Kanak2 lah yang paling suka apabila tiba musim bah. Nostalgia saya di JKR 10 tiap kali bah, rumah kami akan dipenuhi dengan jiran2 dari Kampung Lembah. Khemah2 akan didirikan di perkarangan JKR 10. Setiap hari bagaikan ada kenduri besar. Kami makan beramai2 dengan berselera sekali, walaupun lauknya terhad. Seronoknya kami yang kecil, berlari2 dalam hujan, tiada siapa yang melarang. Sementelahan pula bah melanda hujung tahun, di mana sekolah sudah mula bercuti.

Sewaktu menjadi guru, musim bah beriringan dengan musim peperiksaan SPM dan STPM. Risaunya kami, takut ada pelajar yang terperangkap dlm bah dan tidak dapat hadir periksa.

Bagi saya kini, musim bah atau tidak, sama sahaja. Tak pernah saya bawa anak2 ke pesta bah – pesta berjalan2 mengharung air. Kulit saya yang agak manja, akan gatal2 jika terkena air bah. Kadang2 terfikir, apakah waktu kecil dulu, kulit saya tahan dengan air bah atau perasaan seronok bermain air melebihi segalanya?. Jemuran pula akan berada di dalam rumah, di bahagian dapur tambahan.

Teringat kata-kata arwah mak ; “Jika sudah masuk bulan yang ada ‘ber’ di hujungnya (september, oktober, november dan disember), bersiap sedialah dengan ember”. Ember– timba atau baldi yang diperbuat daripada besi untuk menimba air (Kamus Dewan Edisi Ketiga, ms: 334). Mak kata, rumah zaman dulu, beratapkan rumbia. Bila hujan, mesti ada tempat yang tembus air hujan. Maka bersiap sedialah ibu2 dengan ember2, untuk tadah air hujan.

Iklan

LUDAH

Air yang keluar dari dalam mulut (Kamus Dewan, Edisi Keempat, ms:962)

Peristiwa ludah telah terjadi lagi. Buli, buli dan buli…. Gambar peludah (orang yang meludah) terpapar di face book/ buku wajah. Terdahulu,beberapa bulan yang lalu, Ahli Parlimen Shah Alam telah diludah. Gambarnya juga terdapat di face book  dan juga akhbar. Dunia maya tanpa sempadan, menyebarkan berita-berita baik positif atau negatif.

Kami juga pernah melalui kejadian kecil seperti ini. Saya dan Allahyarham Aboh  pernak diludah oleh seseorang sewaktu kami  keluar dari kereta. Waktu itu Allahyarham Aboh sudah tidak memegang apa-apa jawatan dan juga tidah juga cergas dalam kegiatan politik.

Peludah tersebut bukan orang muda tetapi sudah berusia. Ia melihat kami dengan muka yang marah dan meludah beberapa kali. Perkataan yang keluar dari mulutnya tidak begitu jelas. Saya ingin sekali menghapirinya dan bertanya kenapa? Tetapi Allahyarham Aboh telah memegang tangan saya supaya tidak bergerak dan melayan orang tersebut.  Ya Allah, apa yang ada dalam fikirannya. Tidak adakah rasa sabar atau malu dengan perbuatannya. Orang-orang yang ada di sekitar tempat tersebut malah mendatangi Allahyarham Aboh dan bersalaman. Peludah tersebut terus pergi dan meninggalkan kami.

LUDAH

A.Fuadi: 131 Pintu Cahaya dari Timur (Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 2002)

 

BAH

Banjir (Kamus Dewan Edisi Keempat, ms:103)

Musim bah telah bermula. Hujan yag turun tiada henti mengakibat bah di kawasan rendah yang berdekatan dengan sungai. Lain dulu , lain sekarang. Banjir boleh terjadi di mana-mana kawasan, tidak mengira kawasan rendah atau di kaki gunung.

BANJIRTeringat musim bah pada zaman remaja/ABG (anak baru gede). Di Kota Bharu musim banjir seperti festival air. Hujan rintik-rintik, paras air sehingga betis sampai lutut menjadi medan bermain air. Main air bukan bererti mandi tetapi berjalan-jalan mengharungi banjir sambil membeli pisang goreng atau apa saja. Saya dan rombongan (adik, kakak, ibu saudara dan keluarga yang lain) pernah sekali bermain air di sekitar Padang Bank dan Kubang Pasu. Hanya sekali. Setelah itu , kami tidak lagi pergi. Setelah bermain air bah, badan terasa gatal dan demam.

Bah juga mengakibatkan rumah kediaman di kawasan rendah atau tepi sungai tenggelam pada waktu itu. JKR 10 menjadi salah satu tempat untuk mangsa-mangsa bah. Rumah kediaman di Bawah Lembah, iaitu di belakang JKR 10 hanya kelihatan bumbung sahaja. Kemah-kemah didirikan. Masakan nasi kawah degan lauk ikan sardin dan ikan kering menjadi sangat nikmat pada waktu itu. Kami juga makan apa yang mangsa bah makan. Tidak ada perbezaan. Bermain-main di bawah JKR 10 dengan anak-anak mangsa Bah merupakan peristiwa kecil yang manis. Kami memang dilatih supaya dapat berhubungan dengan siapa sahaja tanpa mengira dari mana mereka datang. Semuanya sama.

Masa-masa berlalu. Menelusuri sejarah untuk manfaat masa depan.

Kampanye Hitam

Kampanye: kempen

Hitam; warna seperti warna arang, lawan putih.

Sudah selesai pemilihan Presiden Republik Indonesia. Hasilnya belum diketahui lagi. Semuanya masih menunggu dan terus berharap kemenangan masing-masing. Macam-macam berita dan cerita tentang pemilu dan kampanye. Kampanye hitam katanya

Kampanye hitam terjadi di mana-mana, tanpa mengiri zaman dan tahun. Pada zaman Romawi juga ada kampanye hitam. Zaman Julius Ceaser juga terdapat kampanye hitam. ini antara gesit dan kurang gesit. Tentu saja kampanye hitam disertai oleh fitnah dan cerita-cerita bohong atau cerita yang ditambah ajinomoto supaya lebih sedap didengar. Tidak kira zaman internet atau bukan, hal ini terus saja berlaku. Masih ingat cerita-cerita kempen zaman dulu. Tahun 60-an dan seterusnya. (Ketahuan ya kalau sdh warga emas…he…). Waktu itu masih kecil tetapi kerana seluruh keluarga bersama-sama dalam kempen pilihan raya. Macam-macam kejadian dan kampanye hitam , fitnah dll. Salah satunya arwah aboh punya Hotel Asri, bas Asri malah ASRI: Akademi Seni Rupa Indonesia. Hebat kan! Dulu belum ada internet jadi banyak yang percaya. Bahkan tersebar, arwah abah bawa emas dalam tin milo ke luar negeri. kalau ingat-ingat , dasyat juga. Apabila mereka menerima fitnah, daya fikir kurang atau tidak bekerja. Terima bulat-bulat.

Indonesia seperti tanah air kedua bagi saya, tentu saja saya mengambil perhatian yang lebih. Kalau ada yang mengatakan tidak benar tentang Indonesia, saya juga turut sedih. Apa lagi Kalau Malaysia dijadikan bahan olokan. Sedihnya berganda-ganda.

Saya juga banyak menerima ‘post’ dalam buku wajah/facebook melalui KAGAMA.  Saya kan alumni UGM. Berita yang diterima 90% tentang Capres no.2 dan 10% tentang Capres no.1. Maam-macam ceita. mau ketawa, sedih dan mangkel juga ada.  Enak aja ngarang-ngarang cerita. Eh…malah teman baik saya orang kuat No.2 lho.he… Saya? orang luar sih, punya pendapat lain untuk Indonesia Raya. Ada deh….

Apa pun atau siapa pun presidennya, saya tetap menyokong dan jadilah negara hebat dan maju ke hadapan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Memindai Wajah Belanda di Madurodam

Madurodam

Memindai –    pindai : melihat dengan bersungguh-sungguh, memandangi, memerhatikan (Kamus Dewan Edisi Keempat, mms 1210)

Mimpi semasa kecil ketika melihat kalender bergambar Madurodam akhirnya menjadi kenyataan walaupun setelah berpuluh-puluh tahun lamanya. Madurodam yang terletak di Denhaag, Belanda menjadi impian kanak-kanak seluruh dunia untuk melihatnya. Jangan bayangkan taman mini ini seperti Taman Mini di Melaka suatu ketika dahulu.

Madurodam4Madurodam ini betul-betul taman mini yang berskala 1:25 (25 kali lebih kecil daripada yang aslinya). Perjalanan kereta api dari Stesen Sentral Amsterdam ke Stesen Sentral Denhaag selama satu jam dengan harga tiket 9.6 euro. Kamudian naik trem no.14 ke perhentian Madurodam. Arkitek taman mini ini ialah Siebe Jan Bouma, seorang ahli perencanaan pembangunan kota yang terkenal di Belanda. Pelawat dapat melawat banguanan mini dengan ruang berjalan kaki kira-kira 1.5 meter.

Madurodam22Tiket untuk masuk ke taman ini ini berharga 9 euro untuk dewasa dan 6 euro untuk kanak-kanak. Semua bangunan terkenal di Belanda terdapat di dalamnya dan yang paling menaraik ialah terdapat pesawat MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol , jambatan kereta api Dordrecht yang naik turun, jambatan Rotterdam, saluran di Amsterdam dan banyak lagi. Madurodam merupakan kebanggaan Belanda dan tempat yang paling baik bagi pelawat yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat seluruh negeri Belanda. Kira-kira 10 juta lebih pengunjung telah melawatnya sejak didirikan pada tahun 1952.Madurodam3

Sebenarnya taman ini merupakan hasil karya JML Maduro untuk memperingati anaknya Goerge Maduro yang telah meninggal dunia di Kem Dachau setelah ditangkap oleh tentera Nazi Jerman semasa perang dunia ke-2. Daripada peristiwa ini, orang tua George ingin mendirikan bangunan untuk memperingatinya.

Madurodam6Kerajaan Belanda juga mengambil perhatian tentang pembangunan taman mini ini dan Ratu Beatrix telah dilantik menjadi Datuk Bandar kota mini yang antara lain tugasnya adalah untuk hadir dalam setiap upacara rasmi penerimaan model baru sehingga tahun 1980 sebelum beliau menjadi Raja Belanda. Kini, Datuk Bandar Madurodam dipilih daripada ‘Madurodam’s Youth City Council’ yang terdiri daripada 22 sekolah rendah di Denhaag setiap tahun sejak 1980.Madurodam25

CELOTEH MAK oleh Najah Asri

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Pejam celik, tak terasa dah 3 tahun saya meninggalkan sekolah. Masih kedengaran tawa hilai anak2 pelajar. Masih terbayang wajah2 rakan sejawat yang sentiasa bekerjasama dan mengejar masa. Masa berlalu begitu pantas, walaupun jam berdetik dengan nada yang sama setiap waktu.

Sepanjang menjadi guru, menyambut hari guru lah, hari yang sangat saya nanti2kan. Rasa gembiranya lebih daripada menyambut hari jadi. Sepasang baju baru akan saya sediakan khusus untuk hari ini. Paling saya suka ialah saat saya dan rakan2 guru di pentas, berdiri dan beramai2 menyanyikan lagu hari guru. Terasa bagai artis terkenal, menyanyikan lagu keramat yang hanya sekali dalam setahun dapat kami dendangkan khusus untuk para pelajar. Sedikit pun tiada gentar untuk lontarkan suara sumbang kami. Cuma ada sedikit malu kerana saban tahun menyanyi, tiada di antara kami yang menghafal lirik. Maka menyanyilah kami dengan kertas lirik di tangan. Untuk sejenak waktu, penonton kami akan diam, terpaku melihat guru2 mereka menyanyi, terutamanya pengetua sekolah.

Selepas menyanyi, kami guru akan ternanti2, hadiah apakah yang akan pelajar bagi. Harga tidak menjadi ukuran tetapi ingatan dari pelajar itu yang utama. Acara seterusnya yang pasti dinanti2kan pelajar pula ialah sukaneka antara guru dan pelajar. Memang gembira sangat. Agaknya dihari inilah peluang pelajar nak ‘kerja’kan guru disiplin yang garang atau mana2 guru yang suka membebel dan mendenda. Apa pun alasan mereka, kami bermain dengan sepenuh tenaga untuk menjadi juara, walaupun banyak acara yang kami kecundang. Antara faktor utamanya ialah kurangnya stamina kami.

Sewaktu mengajar di SMK Kuala Besut, kenangan menyambut Hari Guru lah rasanya yang paling banyak meninggalkan memori buat saya. Mungkin kerana sekolah inilah yang paling lama saya berkhidmat. Tapi yang pasti, pelajar2 kami, terutamanya pelajar tingkatan 6 sangat kreatif untuk mengendalikan acara gemilang sebegini. Sebelum tamat persekolahan hari itu, kami, semua warga sekolah akan dihiburkan dengan persembahan2 pelajar. Ada yang menyanyi, bersajak dan kemuncaknya ialah persembahan dikir barat dengan tukang karutnya pelajar dan guru lelaki. Hebat!.

Ramai bekas pelajar saya kini menjadi sebahagian rakan mukabuku (facebook). Setiap kali menerima permintaan untuk menjadi rakan, saya terpaksa melihat rakan2nya yang lain, untuk pastikan mereka dari sekolah mana.

Kepada semua pelajar2 saya dari:
SMK TENGKU MAHMUD, BESUT 1997 -2000
SMK KUALA BESUT, BESUT 2001 – 2007
SMK BERANGAN, TUMPAT 2007 – 2010
SMK KUBANG KERIAN 1 2011 (Jan – Mei)
UiTM cawangan Machang sebagai pensyarah sambilan 1998-2000
Terima kasih kerana telah menjadi pelajar saya yang baik dan cemerlang. Amalkanlah segala ilmu yang saya ajarkan, baik ilmu Bahasa Inggeris yang saya berikan secara formal, mahupun ilmu nasihat2 saya semasa di kelas, di kantin, di laman mukabuku dan di mana2 saja. Perturunkan ilmu2 itu kepada anak2 dan lain2nya, agar pahala ilmu akan sentiasa subur buat saya. Ampunkan dan halalkan jika ada yang pernah terguris luka di hati dengan perkataan dan perbuatan saya yang tidak sepatutnya.

Tahniah kepada bekas pelajar2 saya yang berjaya menyambung pelajaran di menara gading, terutamanya yang telah berjaya menjadi guru. Semoga kalian sentiasa menjadi guru yang cemerlang dan disayangi pelajar.

Akhir sekali, Selamat Menyambut Hari Guru buat semua.

PADANG BANK oleh Najah Asri

Padang Bank atau Padang Merdeka ini terletak di tengah2 jalan yang mengelilinginya, seolah-olah sebuah bulatan yang besar. Seperti yang diberitahu awalnya, padang ini terkenal denga nama Padang Bank kerana di zaman penjajahan British, ada sebuah Bank – Hong Kong & Shanghai Bank di bina. Bangunannya tentunya besar di waktu itu, tersegam sebagai mercu tanda.

Bagi orang Kota Bharu, bank itu lebih dikenali sebagai bank kerapu. Kenapa kerapu? Mengikut cerita arwah ayahanda, ia dinamakan begitu kerana kemasan simen di dinding bank itu tidak licin. Mungkin reka bentuk kemasannya memang begitu, tapi zaman dulu, ianya agak pelik dari binaan rumah batu yang lain. Maka untuk memudahkan menyebut nama bank yang panjang itu, nama Bank Kerapu yang disebut2.

Pada tahun 2009, anak saya, Nur Hidayah, ada buat kerja kursus PMR bagi subjek sejarahnya, mengkaji bangunan bersejarah dan bangunan Bank Kerapu ini telah menjadi bahan kajian dia. Sekarang bangunan ini telah menjadi bangunan Memorial Perang. Di sebelah bank, terdapat Muzium Islam dan Masjid Muhammadi (masjid negeri).

Di sebelahtimur padang ini, terletak tempat parkir kereta dan Istana Kota Lama. Di istana inilah tempat adat istiadat diraja diadakan, seperti kurniaan pingat di hari Keputeraan Sultan Kelantan dan juga tempat perjumpaan Sultan dan pembesar2 negeri dihari raya. Tak jauh dari istana ini, ada Restoran Cikgu – restoran wajib singgah kekanda Ratna dan suami. Makanan yang segar dan enak, walaupun tiada banyak pilihan lauk. Namun, terdapat lebih 30 jenis ulam-ulaman segar atau rebus sebagai pilihan untuk di makan bersama budu.

Maaf, tersasar lokasi pulak. Restoran ini tidaklah terletak dekat dengan padang bank, tapi masih dalam radarnya. Bukan nak promosi tapi nak bagi selingan.

Berbalik kepada Padang Bank ini, di sebelahbaratnya terdapatnya sungai Kelantan. Di tebing sungai, terdapat bangunan Kastam dan deretan bangunan kedai dan hotel bajet dan kediaman kondominium yang mengadap sungai.

Lebih 10 tahun yang lalu, saya ada membeli 1 unit kediaman di kondominium yang ruang tamunya mengadap sungai dan beranda di dapur, mengadap Padang Bank ini.

Setiap pagi, ada beberapa wanita veteran berbangsa Cina, dalam kumpulan, bersenam tai-chi. Tak pula kelihatan ‘ahjumma’ (makcik) Melayu. Mungkin kerana makcik2 Melayu lebih dulu bangun ‘bersenam’ bersama imam di waktu subuh di Masjid Muhammadi. Mungkin juga majoriti penempatan di kondominium dan sekitarnya terdiri dari bangsa Cina dan tak jauh dari Padang Bank, terletaknya Kampung Cina.

Setiap petang dan malam, kawasan sekitar bangunan kastam, akan meriah dengan gerai2 yang menjual pelbagai makanan. Begitu di sekitar deretan rumah kedai dan hotel2 bajet di situ, penuh dengan pengunjung. Di depan masjid terdapat sebuah kopitiam White House yang terkenal, yang hanya dibuka pada pagi (untuk sarapan) dan malam. Jika bulan puasa, kopitiam dibuka selepas solat tarawikh. Kopitiam dipunyai oleh orang Cina tetapi pekerja semuanya Melayu.

Sewaktu menetap di Besut, tiap kali tiba bulan Ramadhan, kami pasti akan solat terawikh di Masjid Muhammadi. Hampir setiap malam. Bila Maryam lahir dan berusia 1 tahun, dia juga dibawa bersama dan saya akan solat di bahagian belakang bersama2 kaum ibu yang punya anak kecil. Kami sukakan imam tarawkhnya yang merdu bacaan Qurannya, seolah2 berada di Mekah. Apatah lagi suasana meriah di sekitar masjid, dengan jualan jubah dan kopiah lelaki dan minyak attar selepas solat. Kedai2 di kompleks membeli belah juga dibuka sampai jam 11 malam, di bulan Ramadhan.

Sesudah solat, kami akan ke White House untuk teh tarik dan roti bakarnya yang masyhur. Bersolat di masjid ini, kena ada jantung yang kuat. Ini sebab ada saja budak2 nakal yang bakar mercun!.

Tiada ingatan saya pasal Padang Bank di waktu kecil. Cuma pernah ada yang cerita, sewaktu saya kecil, saya pernah dibawa ke Padang Bank, waktu ada keraian. Setiap kali dentuman meriam berbunyi, saya akan menangis dan menjerit “adoh la, adoh la”. Mungkin telinga atau dada saya yang terasa sakit. Saya juga akan meminta dibelikan apa saja yang dijual di situ dan mahukan apa saja yang kanak2 lain makan. Sejak itu, tiada siapa lagi yang mahu membawa saya ke sana. Kesiannya saya…….