BAH

Banjir (Kamus Dewan Edisi Keempat, ms:103)

Musim bah telah bermula. Hujan yag turun tiada henti mengakibat bah di kawasan rendah yang berdekatan dengan sungai. Lain dulu , lain sekarang. Banjir boleh terjadi di mana-mana kawasan, tidak mengira kawasan rendah atau di kaki gunung.

BANJIRTeringat musim bah pada zaman remaja/ABG (anak baru gede). Di Kota Bharu musim banjir seperti festival air. Hujan rintik-rintik, paras air sehingga betis sampai lutut menjadi medan bermain air. Main air bukan bererti mandi tetapi berjalan-jalan mengharungi banjir sambil membeli pisang goreng atau apa saja. Saya dan rombongan (adik, kakak, ibu saudara dan keluarga yang lain) pernah sekali bermain air di sekitar Padang Bank dan Kubang Pasu. Hanya sekali. Setelah itu , kami tidak lagi pergi. Setelah bermain air bah, badan terasa gatal dan demam.

Bah juga mengakibatkan rumah kediaman di kawasan rendah atau tepi sungai tenggelam pada waktu itu. JKR 10 menjadi salah satu tempat untuk mangsa-mangsa bah. Rumah kediaman di Bawah Lembah, iaitu di belakang JKR 10 hanya kelihatan bumbung sahaja. Kemah-kemah didirikan. Masakan nasi kawah degan lauk ikan sardin dan ikan kering menjadi sangat nikmat pada waktu itu. Kami juga makan apa yang mangsa bah makan. Tidak ada perbezaan. Bermain-main di bawah JKR 10 dengan anak-anak mangsa Bah merupakan peristiwa kecil yang manis. Kami memang dilatih supaya dapat berhubungan dengan siapa sahaja tanpa mengira dari mana mereka datang. Semuanya sama.

Masa-masa berlalu. Menelusuri sejarah untuk manfaat masa depan.

Iklan