SEMNAR PEMIKIRAN TAN SRI ASRI BIN HAJI MUDA

photoABOHBeberapa bulan sebelum seminar diadakan, saya mendapat undangan untuk membentangkan kertas kerja. Undangan ini daripada Tuan Hasbie Muda yang juga sahabat face book/buku wajah melalui inbox.

Saya tidak menjawap dengan segera. Berfikir-fikir, patutkah saya memberikan kerjasama. Saya tahu bahawa Tuan Hasbie ialah Ketua Jabatan Pendidikan Pemuda PAS Malaysia.

Apabila melihat parut luka-luka lama, kenangan pahit bermain-main dalam ingatan. Walaupun lebih 30 tahun berlalu, Tidak akan lupa. Rasa marah, benci, semuanya menjadi satu.

Setelah dua hari baru saya berbincang dengan suami. Minta pendapat dan saran.  Tidak menyangka , suami memberi sokongan yang padu. Katanya kita mesti berjiwa besar dan berlapang dada. Mungkin inilah saatnya untuk kita memberikan maklumat yang benar. Kalau mereka tidak percaya semuanya, paling tidak sedikit pun tidak mengapa. Yang penting mereka boleh berfikir dan menimbang yang sebenarnya. Walaupun terdapat kemungkinan kejumudan dalam minda mereka, paling tidak mereka akan mendengar.

Masih lagi berfikir-fikir, saya ingin mengetahui siapa sebenarnya Tuan Hasbie Muda melalui sahabat facebook iaitu Dr. Kamarul Zaman (belum pernah bertatap muka) . Jawapan yang saya dapat ialah Hasbie, budak baik.  Bertanya lagi dengan sahabar facebook yang lain, iaitu Dr Mustafa (pernah satu kali berjumpa ketika beliau menyampaikan kertas kerja tentang Tan Sri Asri Muda di Kota Bharu). Jawapannya, budak bagus tu, saya pun mendapat undangan untuk membentangkan kertas kerja. Akhirnya setelah empat hari, saya memberikan jawapan: ya. Tentu sekali saya akan membentangkan kertas dari sudut ahli keluarga.

Apa yang akan saya bentangkan? Bermain-main dalam minda. Melihat dari pelbagai sudut, sejarah daripada kecil sehingga menutup mata,  membuat beberapa bab/bahagian, fokus yang boleh menarik perhatian peserta, apa lagi, apa lagi dan lagi. Berbincang dengan Najah, adik saya yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan. Setiap hari bertanya melalui telefon apa sahaja tentang Allahyarham. Berbincangkan lagi dengan Mutia Sabihah, adik saya yang tinggal di Bangi. Apa-apa sahaja yang ada dalam dokumentasi. Adik saya ini mempunyai perpustakaan kecil yang menyimpan dokumen Allahyarham.

Saya ke Bangi untuk melihat dokumentasi yang sesuai untuk kertas kerja nanti. Melihat mana-mana yang sesuai, memilih-milih gambar yang berkaitan, membaca dokumen untuk lebih faham. Saya akan bentangkan kertas bersumberkan bahan yang ada. Bukan hanya cakap-cakap kosong.

Dan akhirnya dua kali pertemuan di kafe 101 Mall, Putrajaya dan Bangi Gateaway. Bincang lagi. Di kafe? He….saya sering melihat perbincangan di kafe. Hanya mereka terdiri daripada orang-orang muda. Sedangkan kami hanya nenek-nenek. Saya juga berlagak seperti orang muda dengan menyandang backpack yang berisi notebook. Hasilnya?…he…demam urat, sakit belakang.

Kertas kerja itu saya halusi lagi supaya lebih mantap…pada pandangan sayalah. Dan supaya slaid power point lebih menarik, minta bantuan sahabat di Taman Melawati. Sebenarnya adik saya di Bangi juga boleh kerana beliau pensyarah komputer di IPG. Tetapi kerana kesibukan kerja dan saya mempunyai sahabat yang tinggal  dekat dan bersedia untuk membantu.

Akhirnya kertas kerja tersebut dibentangkan pada pukul 12.30 tengah hari, hari Sabtu, 31 Januari di Bilik Seminar 2, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur setelah tertunda selama 37 hari.

photo

Tahniah kepada Tuan Hasbie Muda dan sahabat-sahabatnya kerana atas usaha mereka, seminar ini berjaya diadakan walaupun terdapat beberapa halangan kondisi dan situasi. Syabas.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s