SAKINAH SHEIKH JUNID: FOTO

P1000999aa

Uni : kakak

Gadang: besar

Etet: Mak Cik

Delma: kereta kuda

Sakinah membelek baju yang hanya ada beberapa pasang. Baju mana yang akan dipakai untuk berfoto. Biru, cokelat atau hijau!. Foto? Ya…Sakinah perlu mempunyai foto untuk dilekatkan pada syahadah persekolahannya. Antara sedih dan gembira, ia telah tamat persekolahan di Diniyah Puteri dan akan meniggalkan Padang Panjang kota tercita untuk kembali ke Malaya.

“Pakai aja baju apa pun. Bukan kelihatan warnanya dalam foto”. Sakinah tersenyum. Kata-kata Uni Niah gadang tu betul juga. Foto hitam putih. Mana ada warna lain. Tapi kan foto tu boleh menggambarkan warna yang tebal atau cerah, walaupun hitam putih…ya!  warna kelabu yang cerah atau gelap.

“Ikut ya Kak Kinah” Hamidah merengek mahu ikut.

PADANG PANJANG“Piah pun nak ikut juga” sahut Safiah cepat sambil memiih baju yang hendak dipakainya.Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Diniyah Puteri hanya dibenarkan sebulan sekali sahaja untuk ke pekan Padang Panjang. Peluang ke pekan tentu sahaja digunakan untuk membeli keperluan dan juga melepaskan ketegangan dan keletihan mengulang kaji dan belajar selama sebulan.

“Eh…Midah dan Piah kan dah keluar bulan ni. Mana boleh keluar lagi”

“Bolehlah…” Hamidah dan Safiah merayu bersama-sama.

“Bolehlah, kan temankan Kak Kinah” mereka memberi alasan.

“Minta izin dengan Etet Rahmah dulu”

Hamidah dan Safiah berjalan cepat keluar dari asrama menuju ke rumah  Ibu Rahmah El-Yunusia, pengasas dan pengetua Diniyah Puteri yang masih dalam kawasan sekolah. Mereka tahu, Ibu Rahmah yang mereka sapa Etet untuk urusan yang tidak rasmi akan memberi izin untuk keluar ke pekan. Ibu Rahmah sangat perhatian dan sayang terhadap pelajarnya terutama dari Malaya. Pelajar dari Malaya jarang pulang waktu cuti sekolah. Kadang-kadang dari awal hingga akhir persekolah barulah mereka pulang setelah menerima syahadah sekolah.

Sakinah bercermin dan mencuba memakai selendang sementara menunggu Hamidah dan Safiah. Terbayang keenakan sate Padang dekat Jambatan Besi. Rancangannya setelah berfoto, mereka akan makan sate padang selain membeli keperluan diri.

Hamidah dan Safiah tersenyum-senyum menghampiri Sakinah dan mereka bersiap-siap untuk ke pekan.

“Jangan lupa bawa baju hangat, petang nanti agak sejuk” pesan Sakinah. Padang Panjang kota di antara Padang dan Bukit Tinggi mempunyai cuaca yang agak dingin.

Setelah semuanya siap, mereka bertiga pergi dengan menaiki delman yang sentiasa ada di depan sekolah.gambar-kuda-delman

Iklan

2 respons untuk ‘SAKINAH SHEIKH JUNID: FOTO

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s