SAKINAH SHEIKH JUNID: WANITA KITA DI ZAMAN ATOM

P1000996

Gambar di sebelah ialah Saudari Sakinah gadis yang berdarah kebangsaan dan keagamaan berpidato di hadapan 7000 orang lebih yang hadir daripada rapat raksasa “ Putera” di Padang Sarkas, Taiping, Perak baru-baru ini sebagai menghadiran fikiran kaum wanita Melayu terhadap Perlembagaan Federation Malaya adalah dibantah kerana tidak bertepatan dengan kemahuan rakyat Malaya yang lebih ramai. “ Kalau kita mahu merdeka tentu boleh merdeka” dan “Kalau percaya kepada diri sendiri semua boleh jadi” katanya di antara lain-lain. ( Majalah Mastika, jun 1947, muka surat 16)

Sakinah berdebar-debar dalam dua tiga hari ini. Biasanya debaran ini akan berakhir setelah pidato selesai. Begitulah yang sering dihadapai olehnya. Teks pidato yang ditulis sudah mantap rasanya. Pemilihan kata-kata juga dipilih dengan baik dan retorik yang bakal menaikkan semangat perjuangan. Isi-isi utama telah  ada dalam rangkaian minda yang akan diutarakan nanti. Apa lagi yang akan diucapkan nanti adalah untuk membakar semangat  masyarakat dan orang ramai  dan juga ahli AWAS (Angkatan Wanita Sedar) atau API (Angkatan Pemuda Insaf) yang sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi yang akan datang ke Rapat Raksasa nanti  .

Sakinah masih ingat lagi rapat umum yang diadakan di Kajang yang juga membuat gadis manis dari Kelantan iaitu Siti Mariam teruja dan menceritakan kejadian ini kepada Pak Sunya.

“Macam mana cerita rapat umum di Kajang?” Tanya Pak Su.

“Tak mahu cerita rapat umumlah, Pak Su pun dah boleh agak dah” Jawab Siti Mariam, puteri Saad Shukri yang juga anak saudara Mohd Asri dan terpaut hanya beberapa tahun saja umur mereka.

“Nak cerita  yang lainlah. Eh, Pak Su pernah dengar nama Sakinah Sheikh Junid?” Siti Mariam bertanya sambil tersenyum menggoda.

“Siapa dia? Tak pernah dengar. Tua ke muda?”

“Orang mudalah, orang AWAS. Berapi-api pidatonya dan manis orangnya. Kalaulah dengan Pak Su, padan benar” Siti Mariam tertawa.

Mohd Asri terdiam dan tersenyum. A…ah, nama Sakinah Sheikh Junid telah mula  terukir di bintang ingatan. Seperti apakah orangnya? Betulkah padan dengan dirinya? Dalam hal ini, Siti Mariam bersungguh-sungguh. Sebelumnya dia tidak pernah bercakap atau bercerita hal-hal yang sebegini.

Lain lagi dengan cerita ketika Sakinah dan rakan- rakan AWAS dan API hendak menghadiri rapat umum di Kuala Kangsar beberapa bulan yang lalu. Mereka menunggu kenderaan yang akan membawa ke sana. Bas yang ditunggu belum juga datang, waktu untuk rapat umum telah semakin hampir. Beberapa orang ahli API gelisah dan berjumpa dengan Sakinah.

“Kita batal aje lah Kak Kinah. Tak payah turun ke Kuala”

“Hah!! “  Sakinah mebulatkan matanya.

“Bas tak sampai-sampai lagi”

“Kalau bas tak datang, kita jalan kaki …” Jawab Sakinah selamba.

“Kita balik rumahlah, jauh tu”

“Padang Rengas  ke Kuala Kangsar bukan jauh sangat pun, hanya beberapa batu je. Kalau tak mahu pergi dan nak balik rumah, pakai je selendang dan baju kurung. Biar kami ahli AWAS ke sana dan berjalan kaki” Sakinah bersuara dengan agak keras.

Akhirnya semua ahli AWAS dan API berjalan kaki bersama-sama ke Kuala Kangsar untuk menghadiri rapat umum.

“Kak Kinah, jadi ke kita ni?” Sakinah tersentak dengan pertanyan sahabatnya.

“Eh jadilah, teks pidato dah siap ni, semangat pun berobar-kobar, kalau perlu jalan kaki, kita jalan.” jawab Sakinah.

Akhirnya  rapat raksasa di Taiping Berjaya. Sakinah telah memukau pendengar dengan syarahan yang berapi-api. Penonton diperkirakan seramai 7000 orang lebih.  Peristiwa ini diabadikan dalam Majalah Mestika keluaran Mac 1947 dengan tajuk ” Wanita Kita di Zaman Atom.

Semuanya menjadi mata rantai sejarah. Ini merupakan lapis- lapis kehidupan yang dilaluinya.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s