SAKINAH SHEIKH JUNID: FOTO

P1000999aa

Uni : kakak

Gadang: besar

Etet: Mak Cik

Delma: kereta kuda

Sakinah membelek baju yang hanya ada beberapa pasang. Baju mana yang akan dipakai untuk berfoto. Biru, cokelat atau hijau!. Foto? Ya…Sakinah perlu mempunyai foto untuk dilekatkan pada syahadah persekolahannya. Antara sedih dan gembira, ia telah tamat persekolahan di Diniyah Puteri dan akan meniggalkan Padang Panjang kota tercita untuk kembali ke Malaya.

“Pakai aja baju apa pun. Bukan kelihatan warnanya dalam foto”. Sakinah tersenyum. Kata-kata Uni Niah gadang tu betul juga. Foto hitam putih. Mana ada warna lain. Tapi kan foto tu boleh menggambarkan warna yang tebal atau cerah, walaupun hitam putih…ya!  warna kelabu yang cerah atau gelap.

“Ikut ya Kak Kinah” Hamidah merengek mahu ikut.

PADANG PANJANG“Piah pun nak ikut juga” sahut Safiah cepat sambil memiih baju yang hendak dipakainya.Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Diniyah Puteri hanya dibenarkan sebulan sekali sahaja untuk ke pekan Padang Panjang. Peluang ke pekan tentu sahaja digunakan untuk membeli keperluan dan juga melepaskan ketegangan dan keletihan mengulang kaji dan belajar selama sebulan.

“Eh…Midah dan Piah kan dah keluar bulan ni. Mana boleh keluar lagi”

“Bolehlah…” Hamidah dan Safiah merayu bersama-sama.

“Bolehlah, kan temankan Kak Kinah” mereka memberi alasan.

“Minta izin dengan Etet Rahmah dulu”

Hamidah dan Safiah berjalan cepat keluar dari asrama menuju ke rumah  Ibu Rahmah El-Yunusia, pengasas dan pengetua Diniyah Puteri yang masih dalam kawasan sekolah. Mereka tahu, Ibu Rahmah yang mereka sapa Etet untuk urusan yang tidak rasmi akan memberi izin untuk keluar ke pekan. Ibu Rahmah sangat perhatian dan sayang terhadap pelajarnya terutama dari Malaya. Pelajar dari Malaya jarang pulang waktu cuti sekolah. Kadang-kadang dari awal hingga akhir persekolah barulah mereka pulang setelah menerima syahadah sekolah.

Sakinah bercermin dan mencuba memakai selendang sementara menunggu Hamidah dan Safiah. Terbayang keenakan sate Padang dekat Jambatan Besi. Rancangannya setelah berfoto, mereka akan makan sate padang selain membeli keperluan diri.

Hamidah dan Safiah tersenyum-senyum menghampiri Sakinah dan mereka bersiap-siap untuk ke pekan.

“Jangan lupa bawa baju hangat, petang nanti agak sejuk” pesan Sakinah. Padang Panjang kota di antara Padang dan Bukit Tinggi mempunyai cuaca yang agak dingin.

Setelah semuanya siap, mereka bertiga pergi dengan menaiki delman yang sentiasa ada di depan sekolah.gambar-kuda-delman

Iklan

SAKINAH SHEIKH JUNID: WANITA KITA DI ZAMAN ATOM

P1000996

Gambar di sebelah ialah Saudari Sakinah gadis yang berdarah kebangsaan dan keagamaan berpidato di hadapan 7000 orang lebih yang hadir daripada rapat raksasa “ Putera” di Padang Sarkas, Taiping, Perak baru-baru ini sebagai menghadiran fikiran kaum wanita Melayu terhadap Perlembagaan Federation Malaya adalah dibantah kerana tidak bertepatan dengan kemahuan rakyat Malaya yang lebih ramai. “ Kalau kita mahu merdeka tentu boleh merdeka” dan “Kalau percaya kepada diri sendiri semua boleh jadi” katanya di antara lain-lain. ( Majalah Mastika, jun 1947, muka surat 16)

Sakinah berdebar-debar dalam dua tiga hari ini. Biasanya debaran ini akan berakhir setelah pidato selesai. Begitulah yang sering dihadapai olehnya. Teks pidato yang ditulis sudah mantap rasanya. Pemilihan kata-kata juga dipilih dengan baik dan retorik yang bakal menaikkan semangat perjuangan. Isi-isi utama telah  ada dalam rangkaian minda yang akan diutarakan nanti. Apa lagi yang akan diucapkan nanti adalah untuk membakar semangat  masyarakat dan orang ramai  dan juga ahli AWAS (Angkatan Wanita Sedar) atau API (Angkatan Pemuda Insaf) yang sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi yang akan datang ke Rapat Raksasa nanti  .

Sakinah masih ingat lagi rapat umum yang diadakan di Kajang yang juga membuat gadis manis dari Kelantan iaitu Siti Mariam teruja dan menceritakan kejadian ini kepada Pak Sunya.

“Macam mana cerita rapat umum di Kajang?” Tanya Pak Su.

“Tak mahu cerita rapat umumlah, Pak Su pun dah boleh agak dah” Jawab Siti Mariam, puteri Saad Shukri yang juga anak saudara Mohd Asri dan terpaut hanya beberapa tahun saja umur mereka.

“Nak cerita  yang lainlah. Eh, Pak Su pernah dengar nama Sakinah Sheikh Junid?” Siti Mariam bertanya sambil tersenyum menggoda.

“Siapa dia? Tak pernah dengar. Tua ke muda?”

“Orang mudalah, orang AWAS. Berapi-api pidatonya dan manis orangnya. Kalaulah dengan Pak Su, padan benar” Siti Mariam tertawa.

Mohd Asri terdiam dan tersenyum. A…ah, nama Sakinah Sheikh Junid telah mula  terukir di bintang ingatan. Seperti apakah orangnya? Betulkah padan dengan dirinya? Dalam hal ini, Siti Mariam bersungguh-sungguh. Sebelumnya dia tidak pernah bercakap atau bercerita hal-hal yang sebegini.

Lain lagi dengan cerita ketika Sakinah dan rakan- rakan AWAS dan API hendak menghadiri rapat umum di Kuala Kangsar beberapa bulan yang lalu. Mereka menunggu kenderaan yang akan membawa ke sana. Bas yang ditunggu belum juga datang, waktu untuk rapat umum telah semakin hampir. Beberapa orang ahli API gelisah dan berjumpa dengan Sakinah.

“Kita batal aje lah Kak Kinah. Tak payah turun ke Kuala”

“Hah!! “  Sakinah mebulatkan matanya.

“Bas tak sampai-sampai lagi”

“Kalau bas tak datang, kita jalan kaki …” Jawab Sakinah selamba.

“Kita balik rumahlah, jauh tu”

“Padang Rengas  ke Kuala Kangsar bukan jauh sangat pun, hanya beberapa batu je. Kalau tak mahu pergi dan nak balik rumah, pakai je selendang dan baju kurung. Biar kami ahli AWAS ke sana dan berjalan kaki” Sakinah bersuara dengan agak keras.

Akhirnya semua ahli AWAS dan API berjalan kaki bersama-sama ke Kuala Kangsar untuk menghadiri rapat umum.

“Kak Kinah, jadi ke kita ni?” Sakinah tersentak dengan pertanyan sahabatnya.

“Eh jadilah, teks pidato dah siap ni, semangat pun berobar-kobar, kalau perlu jalan kaki, kita jalan.” jawab Sakinah.

Akhirnya  rapat raksasa di Taiping Berjaya. Sakinah telah memukau pendengar dengan syarahan yang berapi-api. Penonton diperkirakan seramai 7000 orang lebih.  Peristiwa ini diabadikan dalam Majalah Mestika keluaran Mac 1947 dengan tajuk ” Wanita Kita di Zaman Atom.

Semuanya menjadi mata rantai sejarah. Ini merupakan lapis- lapis kehidupan yang dilaluinya.

LARA 2014

Lara : Sedih (Kamus Dewan Edisi Keempat, ms: 802)

Tahun 2014 baru saja berlalu. Bersyukur kita kehadrat Ilahi, masih dalam kehidupan, diberi rezeki dan kesihatan. Amin. Selain itu  ujian dalam kehidupan juga  diberi untuk kita melihat apa yang telah kita dilakukan.

air-asia-airlineDuka lara tahun 2014, ialah kejutan yang mewarnai emosi dan juga fizikal. Tragedi pesawat MH370, MH17 dan melengkapi lara dengan QZ8501. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita merasai duka lara, titisan air mata, gelombang di dada yang bergetar walapun tak sehebat gelombang samudera. Setiap melirik berita, debaran masih terasa.

 

 

 

BANJIR

Berita lara yang tidak disangka-sangka: banjir di Pantai Timur yang mengobrak-abrikkan  kehidupan normal, melihat sikap sejati, mana sahabat, mana tempat mengadu, mana yang pandai berkata-kata, mana yang mengambil kesempatan dalam kesempitan, mana dan mana lagi.

 

 

Kita tangguhkan semua perhatian. Kita alihkan kepada mereka yang amat memerlukan. Ya Allah ampunilah hamba.

photo