BAH

Banjir (Kamus Dewan Edisi Keempat, ms:103)

Musim bah telah bermula. Hujan yag turun tiada henti mengakibat bah di kawasan rendah yang berdekatan dengan sungai. Lain dulu , lain sekarang. Banjir boleh terjadi di mana-mana kawasan, tidak mengira kawasan rendah atau di kaki gunung.

BANJIRTeringat musim bah pada zaman remaja/ABG (anak baru gede). Di Kota Bharu musim banjir seperti festival air. Hujan rintik-rintik, paras air sehingga betis sampai lutut menjadi medan bermain air. Main air bukan bererti mandi tetapi berjalan-jalan mengharungi banjir sambil membeli pisang goreng atau apa saja. Saya dan rombongan (adik, kakak, ibu saudara dan keluarga yang lain) pernah sekali bermain air di sekitar Padang Bank dan Kubang Pasu. Hanya sekali. Setelah itu , kami tidak lagi pergi. Setelah bermain air bah, badan terasa gatal dan demam.

Bah juga mengakibatkan rumah kediaman di kawasan rendah atau tepi sungai tenggelam pada waktu itu. JKR 10 menjadi salah satu tempat untuk mangsa-mangsa bah. Rumah kediaman di Bawah Lembah, iaitu di belakang JKR 10 hanya kelihatan bumbung sahaja. Kemah-kemah didirikan. Masakan nasi kawah degan lauk ikan sardin dan ikan kering menjadi sangat nikmat pada waktu itu. Kami juga makan apa yang mangsa bah makan. Tidak ada perbezaan. Bermain-main di bawah JKR 10 dengan anak-anak mangsa Bah merupakan peristiwa kecil yang manis. Kami memang dilatih supaya dapat berhubungan dengan siapa sahaja tanpa mengira dari mana mereka datang. Semuanya sama.

Masa-masa berlalu. Menelusuri sejarah untuk manfaat masa depan.

Iklan

Satu respons untuk “BAH

  1. Najah Asri berkata:

    Bah sudah sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Timur. Padahal di bahagian lain Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga dilanda banjir tak kira masa. Paling sedih, warga kotaraya seringkali terperangkap dengan banjir kilat apabila hujan turun mencurah2 dari langit beberapa jam saja.

    Kata orang2 tua, bah itu bahaya. Bahaya? Tentu lah bahaya sebab, saban tahun apabila bah melanda, ada saja berita kematian. Di corong2 radio sekarang, penyiar sentiasa mengingatkan ibubapa agar sentiasa mengawasi anak2 yang bermain air.

    Orang dewasa juga terdedah dengan bahaya bah ni. Kaum lelaki yang merasa gagah, ada juga yang berani mengharung air bah di jalan dengan kereta mereka. Silap haribulan, air laju boleh menghanyutkan kereta dan penumpang di dalamnya dan terperangkaplah mereka. Keadaan cemas ini bisa mengundang maut apabila tingkap dan pintu kereta tidak dapat dibuka dan lemaslah orang di dalam kereta itu.

    Kaum wanita juga terdedah dalam keadaan bahaya. Sewaktu mengharung air, secara otomatis, mereka akan mengangkat kain dan mempamerkan betis mereka yang mulus. Walau tiada mengundang keganasan fizikal, aurat yang terdedah tentunya menjadi tontonan khayalak ramai yang bukan muhrim. Maka dinasihatkan kepada kaum hawa, di musim banjir, pakailah seluar panjang, walaupun berjubah mahupun berbaju kurung.

    Kanak2 lah yang paling suka apabila tiba musim bah. Nostalgia saya di JKR 10 tiap kali bah, rumah kami akan dipenuhi dengan jiran2 dari Kampung Lembah. Khemah2 akan didirikan di perkarangan JKR 10. Setiap hari bagaikan ada kenduri besar. Kami makan beramai2 dengan berselera sekali, walaupun lauknya terhad. Seronoknya kami yang kecil, berlari2 dalam hujan, tiada siapa yang melarang. Sementelahan pula bah melanda hujung tahun, di mana sekolah sudah mula bercuti.

    Sewaktu menjadi guru, musim bah beriringan dengan musim peperiksaan SPM dan STPM. Risaunya kami, takut ada pelajar yang terperangkap dlm bah dan tidak dapat hadir periksa.

    Bagi saya kini, musim bah atau tidak, sama sahaja. Tak pernah saya bawa anak2 ke pesta bah – pesta berjalan2 mengharung air. Kulit saya yang agak manja, akan gatal2 jika terkena air bah. Kadang2 terfikir, apakah waktu kecil dulu, kulit saya tahan dengan air bah atau perasaan seronok bermain air melebihi segalanya?. Jemuran pula akan berada di dalam rumah, di bahagian dapur tambahan.

    Teringat kata-kata arwah mak ; “Jika sudah masuk bulan yang ada ‘ber’ di hujungnya (september, oktober, november dan disember), bersiap sedialah dengan ember”. Ember– timba atau baldi yang diperbuat daripada besi untuk menimba air (Kamus Dewan Edisi Ketiga, ms: 334). Mak kata, rumah zaman dulu, beratapkan rumbia. Bila hujan, mesti ada tempat yang tembus air hujan. Maka bersiap sedialah ibu2 dengan ember2, untuk tadah air hujan.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s