PADANG BANK oleh Najah Asri

Padang Bank atau Padang Merdeka ini terletak di tengah2 jalan yang mengelilinginya, seolah-olah sebuah bulatan yang besar. Seperti yang diberitahu awalnya, padang ini terkenal denga nama Padang Bank kerana di zaman penjajahan British, ada sebuah Bank – Hong Kong & Shanghai Bank di bina. Bangunannya tentunya besar di waktu itu, tersegam sebagai mercu tanda.

Bagi orang Kota Bharu, bank itu lebih dikenali sebagai bank kerapu. Kenapa kerapu? Mengikut cerita arwah ayahanda, ia dinamakan begitu kerana kemasan simen di dinding bank itu tidak licin. Mungkin reka bentuk kemasannya memang begitu, tapi zaman dulu, ianya agak pelik dari binaan rumah batu yang lain. Maka untuk memudahkan menyebut nama bank yang panjang itu, nama Bank Kerapu yang disebut2.

Pada tahun 2009, anak saya, Nur Hidayah, ada buat kerja kursus PMR bagi subjek sejarahnya, mengkaji bangunan bersejarah dan bangunan Bank Kerapu ini telah menjadi bahan kajian dia. Sekarang bangunan ini telah menjadi bangunan Memorial Perang. Di sebelah bank, terdapat Muzium Islam dan Masjid Muhammadi (masjid negeri).

Di sebelahtimur padang ini, terletak tempat parkir kereta dan Istana Kota Lama. Di istana inilah tempat adat istiadat diraja diadakan, seperti kurniaan pingat di hari Keputeraan Sultan Kelantan dan juga tempat perjumpaan Sultan dan pembesar2 negeri dihari raya. Tak jauh dari istana ini, ada Restoran Cikgu – restoran wajib singgah kekanda Ratna dan suami. Makanan yang segar dan enak, walaupun tiada banyak pilihan lauk. Namun, terdapat lebih 30 jenis ulam-ulaman segar atau rebus sebagai pilihan untuk di makan bersama budu.

Maaf, tersasar lokasi pulak. Restoran ini tidaklah terletak dekat dengan padang bank, tapi masih dalam radarnya. Bukan nak promosi tapi nak bagi selingan.

Berbalik kepada Padang Bank ini, di sebelahbaratnya terdapatnya sungai Kelantan. Di tebing sungai, terdapat bangunan Kastam dan deretan bangunan kedai dan hotel bajet dan kediaman kondominium yang mengadap sungai.

Lebih 10 tahun yang lalu, saya ada membeli 1 unit kediaman di kondominium yang ruang tamunya mengadap sungai dan beranda di dapur, mengadap Padang Bank ini.

Setiap pagi, ada beberapa wanita veteran berbangsa Cina, dalam kumpulan, bersenam tai-chi. Tak pula kelihatan ‘ahjumma’ (makcik) Melayu. Mungkin kerana makcik2 Melayu lebih dulu bangun ‘bersenam’ bersama imam di waktu subuh di Masjid Muhammadi. Mungkin juga majoriti penempatan di kondominium dan sekitarnya terdiri dari bangsa Cina dan tak jauh dari Padang Bank, terletaknya Kampung Cina.

Setiap petang dan malam, kawasan sekitar bangunan kastam, akan meriah dengan gerai2 yang menjual pelbagai makanan. Begitu di sekitar deretan rumah kedai dan hotel2 bajet di situ, penuh dengan pengunjung. Di depan masjid terdapat sebuah kopitiam White House yang terkenal, yang hanya dibuka pada pagi (untuk sarapan) dan malam. Jika bulan puasa, kopitiam dibuka selepas solat tarawikh. Kopitiam dipunyai oleh orang Cina tetapi pekerja semuanya Melayu.

Sewaktu menetap di Besut, tiap kali tiba bulan Ramadhan, kami pasti akan solat terawikh di Masjid Muhammadi. Hampir setiap malam. Bila Maryam lahir dan berusia 1 tahun, dia juga dibawa bersama dan saya akan solat di bahagian belakang bersama2 kaum ibu yang punya anak kecil. Kami sukakan imam tarawkhnya yang merdu bacaan Qurannya, seolah2 berada di Mekah. Apatah lagi suasana meriah di sekitar masjid, dengan jualan jubah dan kopiah lelaki dan minyak attar selepas solat. Kedai2 di kompleks membeli belah juga dibuka sampai jam 11 malam, di bulan Ramadhan.

Sesudah solat, kami akan ke White House untuk teh tarik dan roti bakarnya yang masyhur. Bersolat di masjid ini, kena ada jantung yang kuat. Ini sebab ada saja budak2 nakal yang bakar mercun!.

Tiada ingatan saya pasal Padang Bank di waktu kecil. Cuma pernah ada yang cerita, sewaktu saya kecil, saya pernah dibawa ke Padang Bank, waktu ada keraian. Setiap kali dentuman meriam berbunyi, saya akan menangis dan menjerit “adoh la, adoh la”. Mungkin telinga atau dada saya yang terasa sakit. Saya juga akan meminta dibelikan apa saja yang dijual di situ dan mahukan apa saja yang kanak2 lain makan. Sejak itu, tiada siapa lagi yang mahu membawa saya ke sana. Kesiannya saya…….

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s