CELOTEH MAK oleh Najah Asri

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Pejam celik, tak terasa dah 3 tahun saya meninggalkan sekolah. Masih kedengaran tawa hilai anak2 pelajar. Masih terbayang wajah2 rakan sejawat yang sentiasa bekerjasama dan mengejar masa. Masa berlalu begitu pantas, walaupun jam berdetik dengan nada yang sama setiap waktu.

Sepanjang menjadi guru, menyambut hari guru lah, hari yang sangat saya nanti2kan. Rasa gembiranya lebih daripada menyambut hari jadi. Sepasang baju baru akan saya sediakan khusus untuk hari ini. Paling saya suka ialah saat saya dan rakan2 guru di pentas, berdiri dan beramai2 menyanyikan lagu hari guru. Terasa bagai artis terkenal, menyanyikan lagu keramat yang hanya sekali dalam setahun dapat kami dendangkan khusus untuk para pelajar. Sedikit pun tiada gentar untuk lontarkan suara sumbang kami. Cuma ada sedikit malu kerana saban tahun menyanyi, tiada di antara kami yang menghafal lirik. Maka menyanyilah kami dengan kertas lirik di tangan. Untuk sejenak waktu, penonton kami akan diam, terpaku melihat guru2 mereka menyanyi, terutamanya pengetua sekolah.

Selepas menyanyi, kami guru akan ternanti2, hadiah apakah yang akan pelajar bagi. Harga tidak menjadi ukuran tetapi ingatan dari pelajar itu yang utama. Acara seterusnya yang pasti dinanti2kan pelajar pula ialah sukaneka antara guru dan pelajar. Memang gembira sangat. Agaknya dihari inilah peluang pelajar nak ‘kerja’kan guru disiplin yang garang atau mana2 guru yang suka membebel dan mendenda. Apa pun alasan mereka, kami bermain dengan sepenuh tenaga untuk menjadi juara, walaupun banyak acara yang kami kecundang. Antara faktor utamanya ialah kurangnya stamina kami.

Sewaktu mengajar di SMK Kuala Besut, kenangan menyambut Hari Guru lah rasanya yang paling banyak meninggalkan memori buat saya. Mungkin kerana sekolah inilah yang paling lama saya berkhidmat. Tapi yang pasti, pelajar2 kami, terutamanya pelajar tingkatan 6 sangat kreatif untuk mengendalikan acara gemilang sebegini. Sebelum tamat persekolahan hari itu, kami, semua warga sekolah akan dihiburkan dengan persembahan2 pelajar. Ada yang menyanyi, bersajak dan kemuncaknya ialah persembahan dikir barat dengan tukang karutnya pelajar dan guru lelaki. Hebat!.

Ramai bekas pelajar saya kini menjadi sebahagian rakan mukabuku (facebook). Setiap kali menerima permintaan untuk menjadi rakan, saya terpaksa melihat rakan2nya yang lain, untuk pastikan mereka dari sekolah mana.

Kepada semua pelajar2 saya dari:
SMK TENGKU MAHMUD, BESUT 1997 -2000
SMK KUALA BESUT, BESUT 2001 – 2007
SMK BERANGAN, TUMPAT 2007 – 2010
SMK KUBANG KERIAN 1 2011 (Jan – Mei)
UiTM cawangan Machang sebagai pensyarah sambilan 1998-2000
Terima kasih kerana telah menjadi pelajar saya yang baik dan cemerlang. Amalkanlah segala ilmu yang saya ajarkan, baik ilmu Bahasa Inggeris yang saya berikan secara formal, mahupun ilmu nasihat2 saya semasa di kelas, di kantin, di laman mukabuku dan di mana2 saja. Perturunkan ilmu2 itu kepada anak2 dan lain2nya, agar pahala ilmu akan sentiasa subur buat saya. Ampunkan dan halalkan jika ada yang pernah terguris luka di hati dengan perkataan dan perbuatan saya yang tidak sepatutnya.

Tahniah kepada bekas pelajar2 saya yang berjaya menyambung pelajaran di menara gading, terutamanya yang telah berjaya menjadi guru. Semoga kalian sentiasa menjadi guru yang cemerlang dan disayangi pelajar.

Akhir sekali, Selamat Menyambut Hari Guru buat semua.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s