BAGAS SANGKAR: PERSIAPAN HARI RAYA

dengan20ingatan20tulus2ae0Hari Raya Puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; hari ~ besar a) Hari Raya Puasa; b) Hari Raya Haji; Hari Raya  Haji (korban, Adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah.(sumber Kamus Dewan Edisi Keempat)

Hari tidak siang saja.

Persiapan hari raya bermula sebelum hari yang dirayakan.  Bagi warga besar Bagas Sangkar, hari tersebut merupakan hari beres-beres, bersih-bersih kerana akan ada ramai tetamu yang datang terutama pada hari pertama dan kedua.  Beres-beres ini tidak terkecuali baik muda mahupun yang tidak lagi muda. Masing-masing ada JK tersendiri.

He…. Apa yang akan dihidangkan hari raya nanti? Dulu, mana ada pesan-pesan biskut raya macam yg selalu ada di ofis. Belum raya lagi dah boleh rasa biskut mana yg mahu ditempah. Jawapannya buat sendirilah.  Biskut yang berlainan hanya perlu tambah kacang, kismis atau warna. He…rasanya pun hampir sama. Makanan kebesaran BS ialah nasi dagang, lengkap dengan lauk-pauknya : gulai ayam,  udang, daging, dan telut rebus.  Lepas ni kena pergi Anis Putri, Pantai Dalam. Teringin pula. Chef Cik Timoh memang pandai masak. Kalaulah masih ada hayatnya. Chef Wan perlu belajar daripadanya.

Setelah pulang dari Indonesia, Ada tambahan menu…sambel goreng ati. Resipi dan gambar sambel goreng ati akan disiarkan selepas raya (he…hanya dua kali setahun aja masaknya, iatu pada hari raya). Rupanya menu tambahan ini menjadi lauk kegemaran aboh. Sebenarnya cita rasa aboh sangat global,  boleh makan apa saja asal halal. Waktu bila masak nasi dagang serta lauk-pauk dn sambel goreng ati?

Selepas pengumumnan hari raya oleh  Pemegang Mohor Diraja. Lain dulu lain sekarang. Aku yang sekarang bukan aku yang dahulu…macam lagu Tegar pula.  He…. Dan tentunya masak sampai pukul satu pagi menjelang raya.  Sambil masak ya nonton TV 1 dan 2. Belum ada tv3 dan Astro. Ituah yang terbaik….

Iklan

3 respons untuk ‘BAGAS SANGKAR: PERSIAPAN HARI RAYA

  1. Najah Asri berkata:

    Kalau nak cerita pasal Hari raya, kenalah cerita juga persiapan sebelum menyambut Ramadhan lagi.

    Masuk saja bulan Sya’aban, arwah moh akan tanya anak2 dara dia, ada tinggal berapa hari lagi hutang puasa kami, agrs tidak alpa. Saya yang agak awal akil baligh, merasa cuak bila tiba Sya’aban. Memang nak ganti puasa perit, apatah lagi bila orang2 di sekitar kita semuanya boleh makan. Padahal waktu kita tak boleh puasa bulan Ramadhan, kitalah yg untung, boleh jadi tukang ‘kecap’ (rasa) gulai Cik Timoh atau dapat makan biskut2 yang kakak2 buat.

    Tapi, kalau nak makan, kena pandai2 sorok. Adik bongsu kami, lelaki. Kalau dia tengok saya makan, dia pun tak nak puasa. Kalau hal sebegini terjadi, mok akan bagi cubitan yang ‘special’ di paha saya. Sakit tau!!!

    Ramadhan, sebulan meriahnya lebih dari hari2 lain. Acara sentiasa padat. Seawal pukul 4.30 pagi, mok dah gerak kami bersahur. Tak tahulah pukul berapa mok, Cik Min dan Cik Timoh bangun, sebab lauk yang dihidangkan mesti lauk yang baru masak. Anak2 mok, terutamanya saya, ‘payoh baso’ atau cerewet dalam bab makan sahur. Ya la, mata nak buka pun susah, inikan pula nak makan. Antara lauk wajib ada untuk sahur ialah, daging bakar (tawar/masin) dan telur masin rebus. Daging dibakar sebelum sahur, masih panas2. Telur masin pula, kena cepat2 ‘chop’ atau tanda sebab ramai yang suka telur kuning. Tapi saya suka telur masin putih, bahagian yg semua tak suka. Mujurlah, tak payah berebut. Bangun sedikit lewat untuk sahur pun masih ada banyak sisa telur putih. Daging bakar tak perlu risau, sebab Cik Timoh siap ‘ration’ agar semua dapat rasa.

    Anak2 mok, bila berusia 6 tahun, semua wajib puasa dan wajib bersahur! Tak boleh berkecuali. Agaknya itu sebab kami bersahur awal, agar mana2 anak (selalunya saya, yang susah nak bangun) yang masih tidur, masih sempat digerak slps mok bersahur, sebelum waktu imsaka. Bagi mok,sahur selepas jam 5pagi, sudah dikira waktu kecemasan bersahur. Suara mok menggerakkan anak2nya yang liat bangun sahur, bisa mengalahkan suara komando askar!

    Untuk berbuka, mok dan Cik Timoh akan mula memasak seawal 9 pagi, selepas mok/aboh balik dari pasar atau Cik Timoh membeli bahan mentah dari apek yang datang dengan van ke rumah. Segala lauk siap dimasak sebelum zohor. Dah masak, mok, Cik Timoh dan Cik Min akan masuk berehat. Lepas asar barulah dapur kembali sibuk dengan masakan pemanis mulut dan lain2.

    Waktu berbuka adalah waktu paling riuh. Selalunya kena ada 3 + 1 hidangan; satu hidangan untuk aboh, mok dan kawan2/tetamu atau anak2 yang dah bekeluarga. Satu lagi untuk anak2 kecil, sepupu2 dan anak2 angkat mok. Dan tentunya ke tiga, untuk Cik Min sekeluarga.

    Di rumah kami ada polis yang mengawal tiap masa. Mok pernah ajak polis dtg berbuka bersama tapi sebab peraturan dan syarat mrk tidak boleh tinggalkan post, maka Cik Min akan bawa satu hidangan berbuka untuk polis makan sorang2 di sana.

    Sembahyang Terawih akan diadakan di ruang keluarga utama. Aboh yang jadi imam. Semua isi rumah akan solat bersama2. Sebab inilah aboh keberatan jika dipanggil berbuka puasa di rumah kawan atau berbuka di hotel/restoran. Aboh sayang dan risau akan makmum2 dia yg ramai untuk solat maghrib, isya’ dan terawikh berjamaah.

    Hidangan hari raya pula, wajib ada nasi dagang. Lauknya mesti ada; gulai ikan tenggiri + telor rebus, gulai udang dan gulai ayam. Ini masakan kegemaran aboh, hasil tangan Cik Timoh. Mok pula, mesti nak lemang. Selalunya lemang diimpot dari Kg Lalang, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak melalui keretapi Senandung Malam. Jadi pagi raya, atau sehari sblm raya (kalau tak nampak anak bulan) Cik Min kenalah ke perhentian keretapi untuk menyambut ketibaab lemang berguni2.

    Selalunya sehari sblm raya, kawan aboh, seorang datuk, akan menghantar daging lembu satu paha (dari bhgn seekor lembu). Daging ini mok akan buat rendang minang atau rendang tok. Cik Min akan ambil sedikit daging untuk buat satey khusus untuk kami yang kecil2, yang tak seka pedas dan berempah.

    Tahun 70an sebenarnya dah ada khidmat katering tapi aboh lebih suka seluarga besar kami yang menghasilkan sendiri, untuk para tamu. Tetamu ramai, tak putus2. Semua anak2 dilarang keluar rumah pada hari raya pertama!.Menyambut dan melayan tetamu atau menambah hidangan di ruang tamu, semua anak2 yang kena buat sebab Cik Min akan sibuk dgn pinggan dan gelas kotor!.

    Pernah saya dan kakak Mutia Sabihah, pada petang raya pertama, ‘lari’ sekejap ke Lake Garden, untuk berehat sambil makan KFC atau burger. Hari raya ke dua baru kami boleh berhari raya ke rumah kawan2.

    Seperti yang saya katakan di awal2 cerita ini, sambutan Ramadhan kami lebih meriah dari Syawal, yang hanya sehari disambut.

  2. Lorraine berkata:

    I was very fortunate to have enjoyed 2 Hari Raya’s at Bagas Sangkar. Very special memories of an enchanted experience. Your parents were so kind and friendly. You have certainly taken after them Najah Asri.

  3. Najah Asri berkata:

    Catatan Hari Raya

    Seperti kanak2 lain, saya dan kakak2 akan disediakan sepasang baju kurung. Selalunya semua corak yang sama, kerana mok akan beli sekayu kain untuk anak2 perempuannya yang ramai. Hal ini terjadi masa kami kecil, sebelum kami pandai memilih dan membantah dan mahukan citarasa masing2.

    Bahan untuk baju kurung selalunya mok bawa kami ke kedai SM Majid di Ampang Park. (sekarang kedai kain ini tiada lagi di sana). Masing2 memilih kain yang dihajati. Saya yang paling cerewet, akan memilih kain selepas kakak2 sudah membuat pilihan. Ini kerana ada di antara kakak saya (tak perlu sebut nama, hihi) yang memang menunggu saya membuat pilihan dan dia akan memilih corak yang sama, tetapi berlainan warna. Bagi saya, corak itu identiti pemakai, walaupun berbeza warna. Mempunyai corak yang sama dipakai pada hari raya? Oh, tak mungkin saya benarkan!.

    Proses pemilihan kain untuk baju kurung ini memang memenatkan dan kecoh satu kedai. Entah mungkin disebabkan hal riuh dan kecoh ini berlaku di luar, atau kerana kasihankan kami yang penat berpuasa, mok akan lebih lembut dan melayan kami dengan sabar sekali. Kalau di rumah, sudah tentu cubitan di pangkal peha akan hinggap pada semua. Besar atau kecil anak, baik anak sendiri, anak saudara, mahupun anak angkat, bagi mok, semua akan dihukum sama rata. Memori beginilah yang menjadi nostalgia kami adik beradik.

    Saya tak pasti samada mok menjahit sendiri baju2 kami sebab mok memang handal dalam kerja hasil tangan. Masalah utama bagi saya yang agak ‘tomboy’, ialah untuk pakai kain baju kurung. Ini kerana kain kami tidak dijahit seperti kain zaman sekarang. Untuk memakainya, harus menggunakan tali pinggang besi. Sangat sukar bagi saya yang bertubuh kecil. Kesukaran ini saya zahirkan dengan mengamuk dan menangis.

    Saya suka menolong kakak membuat biskut. Mana2 biskut yang agak hangus, akan saya makan, kerana biskut itu tidak akan dimasukkan ke dalam tin, untuk hidangan hari raya. Kakak2 akan bancuh adunan yang banyak. Kemudian dibahagi-bahagikan kepada beberapa mangkuk. Satu adunan dicampurkan dengan kismis. Satu lagi dengan kacang dan satu lagi dengan tepung cokelat. Acara buat biskut ini memakan masa yang panjang, sebab adunan biskut yang banyak.

    Di pertengahan tahun 80an, Cik Timoh dan Cik Min, tidak lagi bersama kami. Jadi, tiada lagi menu nasi dagang. Sementelah aboh dah pencen dari politik, maka tetamu yang datang pun berkurangan. Anak2 perempuan mok pun dah besar2 dan ada yang sudah bekeluarga, jadi lauk raya kami terpulang pada yang nak jadi chef. Sepulangnya kakak kami, Ratna Inzah dari belajar di Universitas Gadjah Mada di Yogyakarta, Indonesia, kami dapat menu baru – sambal ati yang di makan bersama nasi impit dan kuah lontong. Sedap. Menu yang tidak sulit, jika dibandingkan dengan nasi dagang. Waktu ini juga, Pak Ali sudah mula berniaga lemang dan rendang kesukaan mok. Jadi, kami cuma perlu memasak lontong dan sambal hati. Pun begitu, persiapan untuk sambal ati memakan banyak masa sebab banyak bahan yang perlu di goreng dan lain2. Selepas pengumuman raya barulah bahan2 disatukan dan dicampurkan dengan santan. Tapi berbaloi sebab sedap dan lain dari yang lain. Tetamu yang datang pun suka. Disebabkan sehari suntuk kami menuyediakan menu ini, jikalau pada malamnya diumumkan tidak raya, maka sahur kami pada keesokkan hari akan sangat ringkas, dan berbuka puasa dengan nasi dan kuah lontong.

    Saya lebih kepada jadi pembantu chef dan membuat kek. Saya lebih suka membuat kek. Bermacam kek yang saya cuba. Bila dah pulang dari belajar di universiti dan bekerja, saya mengambil tempahan kek. Kek yang paling laku ialah kek cokelat Moist Philiphine. Sejak berkahwin dan suami tidak suka makan kek, saya tidak lagi melakukan aktiviti membuat kek. Resipi pun dah lupa. Apa2 kek, tempah atau beli ajer di kedai.

Tinggalkan Balasan ke Lorraine Batalkan balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s