Emansipasi Wanita di Tanah Melayu II – Sakinah Junid

Oleh Ahmad Ansor Batubara

1. Sakinah Junid dilahirkan di Padang, Rengas, Kuala Kangsar pada tahun 1923 ialah isteri kepada Datuk Asri Muda, seorang pemimpin PAS dan Hizbul Muslimin. Bapanya Syeikh Juned Tola seorang ulama besar di Perak khususnya di Padang Rengas. Ibunya Sariyah Haji Said.Syeikh Juned Tola belajar di Mekah selepas berkahwin dengan Sariyah Haji Said.

TITIWANGSA3

2. Pada tahun 1926, Syeikh Juned kembali ke Padang Rengas dari Mekah, bersama isterinya Sariyah dan puteri pertamanya, Sakinah.

3. Beliau menuntut di Sekolah Diniah Puteri Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia iaitu sebuah sekolah yang membentuk cara berfikir dan keperibadian tokoh melalui proses “dakwah dan tarbiah” yang akhirnya menjadikan beliau seorang pemimpin yang berkarisma.

4. Sakinah Junid aktif berjuang menuntut kemerdekaan bersama lain-lain wanita di mana beliau telah memimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) cawangan Padang Rengas ketika usianya 25 tahun. Kerana tiada perwakilan lain dari negeri Perak maka dia jugalah memimpin AWAS Perak. Kerana kepetahan berbicara maka beliau menjadi Pengerusi Mesyuarat Yang Pertama AWAS peringkat Persekutuan Tanah Melayu.

5. Diikuti perjuangannya di peringkat awal di dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) melaui sayap wanitanya yang dinamakan Dewan Muslimat semenjak kewujudan sayap ini di dalam PAS pada tahun 1953. Setelah sepuluh tahun penubuhannya tokoh ini telah pula mengetuai sayap ini selama 20 tahun. Sakinah terkenal dengan pidatonya yang berapi dan menaikkan semangat para pendengar. Seorang yang cukup berkarisma dan disegani. Dia adalah seorang orator wanita Malaysia yang cukup hebat.

6. Di situlah kehebatan Sakinah yang tiada tandingannya di Malaysia setakat ini. Ketika berpidato Sakinah mampu mengusik emosi pendengar dengan susunan kata-kata yang cukup indah dan berpuitis. Di selang seli dengan dakwah dan ayat-ayat Al Quran. Dimaniskan dengan sajak dan pantun.

7. Beliau yang kemudiannya pula turut serta mengikuti suaminya Tan Sri Datuk Asri meningalkan PAS untuk berjuang di dalam parti yang baru ditubuhkan iaitu Hizbul Muslimin (HAMIM).

8. Beliau berjuang membela nasib kaum ibu, rakyat miskin, masyarakat FELDA dan luar bandar. Beliau juga bergiat aktif di dalam pembangunan sastera dan dakwah Islamiah dan tugas sebagai isteri seorang Pemimpin PAS, Menteri Besar Kelantan dan Menteri Kemajuan Tanah & Wilayah.

9. Sakinah Junid boleh dikatakan bersara dari politik pada usianya 70 tahun. Beliau meninggal dunia pada 7 September tahun 2004 pada usia 81 tahun dan disemadikan di perkuburan Orang Islam di Sungai Tangkas.

Iklan

3 respons untuk ‘Emansipasi Wanita di Tanah Melayu II – Sakinah Junid

  1. Mohaini berkata:

    SALAM – bagaimana nak tengok older post puan? Saya pergi melalui FB tetapi bila di blog tak dapat nak buat carian bahan yg sebelumnya

  2. Mohaini berkata:

    Tahniah puan – dah ada blog. Nora beritau tentang blog puan. Lepas ni mesti banyak muat naik bahan. Blog pun cantik – kemas gitu.

Tinggalkan Balasan ke Mohaini Batalkan balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s