MOK

s1260698619_30233141_3552Sakinah binti Junid lahir di Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak, pada 10 Oktober 1923. Mendirikan rumahtangga dengan Tan Sri Datuk Haji Mohd Asri bin Haji Muda, seorang tokoh politik yang tidak asing lagi. Mempunyai sebelas orang anak dan dua antaranya telah meninggal dunia sewaktu masih bayi lagi.

Allahyarham Puan Sri datin Sakinah Junid menuntut ilmu di Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatra Barat, Indonesia. Di sinilah juga Tan Sri Aisah Ghani dan Shamsias1260698619_30233137_2448h Fakeh bersekolah. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air dengan semangat perjuangan yang berkobar-kobar. Beliau menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) dan mula melancarkan rapat umum dan kempen untuk menyedarkan rakyat tentang peri pentingnya membebaskan diri daripada penjajah.

Pernah mengajar di Chikus, Perak dan di Sekolah Agama Majlis Islam di KotaBharu, Kelantan. Beliau berkecimpung dalam politk dan pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS selama beberapa tahun. Menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan serta memberi latihan keterampilan kepada wanita luar bandar juga wanita pertama mendirikan taman kanak-kanak di Kelantan.

Allahyarham meninggal dunia pada 5 September 2004 di Hospital Putrajaya.

 

Artikel yang sangat ringkas tentang Mok. Sangat berharap jika ada informasi atau cerita-cerita tentang Mok untuk dikongsi bersama-sama. Khusus buat Ahmad Ansor: sila beri masukan tambahan untuk lebih jelas lagi.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s