KEMBALI KE AKAR

Kembali : pergi ke tempat asal – Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 729.

Akar: asal usul, keturunan – Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 23.

YB : Yang Berpencen.

Seketika teringat asal usul, rindu menggamit. Ada saja acara di Kota Bharu atau tempat  yg lain di Kelantan, memang tidak dapat dielakkan.
Kita semua ada rasa rindu terhadap akar kecuali akar yang telah tercabut atau sengaja dicabut.

MINDAKELANTAN.jpgApabila BicaraMinda Kelantan akan mengadakan forum /bual bicara, hati ni agak terusik. Ingin mendengar penpadat bijak pandai rakyat kelantan dan akan diadakan di Kota Bharu. Melihat nama-nama maskulin, segan juga untuk hadir bersama. Tetapi apabila mendapat telefon daripada Dr Mustafa dan juga adik yg sememangnya berada di Kota Bharu, ah…kenapa tidak!
Tempat forum yang asalnya sebuah kafe telah pindah ke hotel Habib dan akhirnya di Dewan Melati, Hotel Renaissance. Boleh tahan juga group ini. Sepertinya sangat menarik. Pembicara utama ialah Dato Prof .Dr. Agus dari UKM.

Setelah mendapat lampu hijau daripada belahan jiwa, bermulalah pemburuan tiket pesawat yang kalau boleh, paling murah. Ha…..akhirnya dapat tiket Air Asia yg murah… Biasalah untuk YB yang hanya menerima pencen, seboleh-bolehnya berhemat dengan perbelanjaan yang paling minimum.

Biasanya ke Kota Bharu dengan pesawat MAS atau firefly tetapi tiket murah MAS sudah habis yang ada hanya firefly. Dalam keadaan yang berjerebu, pernah firelfy delay 5 jam untuk ke KB. Yeah…naik Airasia lah. Lagi pun perjalanan ke KLIA2 , walaupun jauh tetapi dekat…he…

Pesawat pukul 11.25 tengah hari tetapi pukul 7.30 pagi sudah berangkat dari rumah. Iyalah…kan tumpang belahan jiwa yg mahu ke site project. Lebih cepat lebih baik. Sampai KL Sentral, dengan santainya turun ke bawah untuk menaiki bas yang ke KLIA2.  Lumayankan, menghemat, RM11.00 sahaja.  Beg yg diheret hanya satu dan kecil. Ee..eh..boleh tidur pula dalam perjalanan. Dah warga emas ni…memang cepat mengantuk. Tapi bukan semua warga emas ya. Ada anak muda di seberang kursi tidur tidak bangun-bangun sehingga semua penumpang sudah turun, dan kami (perempuan muda yg duduk di sebelah saya) yang turun paling akhir  terpaksa mengejutkannya supaya tidak balik ke KL lagi.

Tidak pernah menggunakan ruang keberangkatan dalam negeri, eh…bagus juga ya. Seperti memuji belahan jiwa yang sempat 9 bulan bertugas membangun projek KLIA2. Ada kedai-kedai, Upin dan Ipin pun ada. Rancangan kesukaan setelah pencen dan penumpang yang tidak terlalu berjejal dan ramai.
Ada beberapa wajah yang sepertinya saya kenal untuk terbang ke Kota Bharu. Iya….ada Dr Hatta PAN yang sedang bercakap dengan seorang wanita yang rasanya saya kenal. Tapi di mana ya. Perasaan je…

Saya hanya senyum-senyum saja dengannya. Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail, wanita tadi menegur dan katanya seperti pernah jumpa. Perasaan yang sama:

Rohana
Ratna
Kami berkenalan sebentar sebelum keluar dari ruang ketibaan.

Sampai di Kelantan agenda apa lagi? Makannnnn…
Hah. Apa lagi kalau sampai Kota Bharu. Makanlah agenda utama. Terasa mahu makan nasi kukus dan  ayam percik. Sewaktu mahu membayar makanan, ternampak seorang lelaki tua berpakaian lusuh memesan makanan. Ah..nak belanja makan pakcik tua tu. Sewaktu ingin membayar harga makanan termasuk makanan yg pak cik tua pesan.

Cik, tolong masukkan sekali harga makanan pak tua tu.
Tak apayah Puan, pak cik tu setiap hari ke sini dan kami berikan makanan percuma apa sahaja yg ingin dimakannya.

Allahuakhbar, patutlah restoran ni selalu ramai dengan pengunjung. Berkah.

Kembali lagi ke akar. Ingin melihat akar-akar yang lain mengeluarkan pendapat.
Pertemuan Anak Kelantan dalam Program Bicara Minda Kelantan di Hotel Renaissance.

Ceritera sepenuhnya tentang bual bicara akan ada di kesempatan yang ada datang. Tunggu…..

Acara pada pukul 8.00 malam.
Tetapi biasalah, jam karet kata negara jiran kita.
Pukul 8:30 malam, tetamu mulai memenuhi tempat dalam dewan kecil yang hanya boleh memuat 50 sahaja. Penuh nampaknya. Ada juga tetamu yang tidak ada dalam senarai peserta yang menyatakan hadir. Terdapat juga beberapa anak-anak muda yang berumur dalam lingkungan 20-an.

Setelah acara tersebut yang tamatnya pada pukul 12.00 malam. Sekali lagi malam. Aduh…YB yang biasanya tidur pukul  10.00 malam, rasanya cepat-cepat ingin pulang. Tetapi bukan kerana mengantuk kerana acaranya panazzzz, hanya tidak biasa pulang malam-malam.

Selesai acara, bergambarlah. Acara wajib ni dan bertemu peserta yang kebanyakan tidak kenal pun, tetapi mereka mengenal aboh dan paling ramai ayahnya mengenal dan katanya baik dengan aboh.

Ada seorang peserta yang datang bertemu, berteka-teki. Aduh…dah tua-tua ni. Terus terang jelah. Memori ni dah penuh. Nak ingat  lembaran 50 tahun dulu, lama jugalah.

Ingat saya tak?

Hmmm…tapi macam pernah lihat, pernah datang ke rumah? (pada hal mulut manis je….memang lupa)

Datang mencelah peserta lain mengatakan sangat menyangjungi arwah aboh. Terhenti sebentar.

Dulu, dduduk sini, sambil menunjukkan tangannya dan matanya ke  arah Najah, adikku.

Tak ingat lagi. Ni nak balik cepat…malah jadi lambat.

Maaf, nama siapa ya?

Qqqq, menyebut namanya

Melihat ke arah Najah. Betul-betul tak ingat. Kelihatan beliau kecewa kerana kami tidak mengenalnya.

Najah menerima panggilan telefon dan kami bergegas mahu pulang.

Nantilah dulu.

Minta maaflah yang menuggu di bawah sudah lama.

Kami bergegas turun ke lobi.

Siapa tu tadi? Akhirnya kami tahu siapa orangnya. Kalaulah terus mengenalkan diri dengan jelas, kan mudah.

Pagi2 sebelum pulang ke KL…apa ya!
Sarapan nasi kerabu /rice to wenesday…dengan kambing bakar yang enak. Kalau makan2 yang enak, tentu sekali ingat belahan jiwa dan anak2. Tapau. Kuah asing.

photo 4 (8).JPG

Meluncur lagi ke Kubang Pasu. Agenda wajib kalau ke Kelantan. Nasi tumpang, suro, dan kuih-kuih yang lain.  Ah Kubang Pasu yang banyak nolstagia sewaktu zaman kanak-kanak. Zaman sebelum sekolah rendah. Zaman yang tidak tahu susah, zaman dunia yang riang ria.

photo 2 (13).JPGSingah sebentar untuk melihat rumah waktu kecil di tepi jalan berhampiran Masjid Al-Muhammadi. Rumah semi D berdinding kayu, bermain2 di bawah rumah dengan abang Im dan kawan2. Sudah tidak ada penghuni dan kelihatan sangat uzur. Mungkin untuk projek yang akan datang untuk rumah kedai atau hotel melati.
Tergambar sayup rakaman sewaktu kecil bermain2-main di halaman, tumah Cik Besar, kilang batik dan sekarang menjadi menjadi kedai menjual batu nisan.

photo 2 (14).JPGNolstagia memang indah walaupun sewaktu itu sangat sedih. Gambaran kelabu.
photo 4 (9).JPG Baca lebih lanjut

Iklan

MENELUSURI SEJARAH MENDEPANI ARAH

Slide1

Menelusuri: Mengikuti jejak perjalanan (Kamus Dewan Edisi Keempat, ms:1638)

Mendepani: berada di depan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat, ms:338)

Tajuk kertas kerja sangat penting. Ini untuk menarik lebih perhatian pendengar dan apa-apa yang terdapat di dalamnya. Seperti nama yang diberikan oleh keluarga kita. Tentu ada makna dan sejarahnya. Bukan hanya saja-saja diberikan. Ada yang kata, apa yang ada pada nama. Nama yang indah tentu sedap bunyi untuk disapa. Nama sangat bererti buat anak manusia. Pernah terjadi ketika saya menerima ijazah dalam majlis konvokesyen, nama-nama dipanggil untuk menerima segulung ijazah. Tiba-tiba terdengar nama Hitler, salah seorang penerima ijazah. Seluruh dewan bergema kerana nama tersebut mengingatkan kepada sejarah Perang Dunia ke-2.

Tajuk juga mesti menarik/catchy. Seperti juga iklan dalam media massa atau eloktronik,  tajuk dan gambaran kulit buku dapat menjelaskan apa yang tersirat dan tersurat dalam kandungannya nanti.

Semua yang ada, mempunyai sejarah. Ada akar, ada asal usul. Kita bukannya seperti cerita dongeng Nusantara, Anak Buluh Betung yang di dalam buluh terdapat anak manusia dan tiba-tiba sahaja membesar tanpa melalui proses kehidupan yang akhirnya menjadi raja. Bukan juga seperti dongeng dari Amerika, Superman yang datangnya dari planet luar dan terus boleh berlari dengan pantas.

Jikalau saya yang pada tahun ini (2015) akan berumur 61 tahun, tiba-tiba mengaku berumur 25 tahun dan meraikan ulang tahun dengan gahnya. Tidaklah saya berasa malu menjadi bahan tertawaan orang lain? Apakah  saya tidak melihat sejarah kehidupan saya yang mempunyai ibu bapa dan keluarga serta sahabat-sahabat yang lain. Tidakkah saya ingin merancang kehidupan dan karier saya? Sekali-sekali lihatlah masa lampau seperti berbalik rasa dan masa untuk mendepani arah kemajuan, kejayaan dan kehidupan dunia dan akhirat.

Melihat masa lalu seperti kita membawa kereta yang sekali- sekali melihat cermin samping atau di atas hadapan untuk mengetahui keadaan di belakang supaya dapat  lebih maju ke hadapan. Bukan terus melihat belakang tanpa melihat ke hadapan yang mungkin membawa kita kepada kemalangan atau tidak melihat cermin samping sama sekali dan melihat terus ke hadapan sehingga tidak tahu apa yang terjadi di belakang yang memungkin akan menimpa kita.

Slide2

George Santayana, ahli falsafah Barat mengatakan bahawa mereka yang tidak mengingati masa lampau akan mengulanginya.

SEMNAR PEMIKIRAN TAN SRI ASRI BIN HAJI MUDA

photoABOHBeberapa bulan sebelum seminar diadakan, saya mendapat undangan untuk membentangkan kertas kerja. Undangan ini daripada Tuan Hasbie Muda yang juga sahabat face book/buku wajah melalui inbox.

Saya tidak menjawap dengan segera. Berfikir-fikir, patutkah saya memberikan kerjasama. Saya tahu bahawa Tuan Hasbie ialah Ketua Jabatan Pendidikan Pemuda PAS Malaysia.

Apabila melihat parut luka-luka lama, kenangan pahit bermain-main dalam ingatan. Walaupun lebih 30 tahun berlalu, Tidak akan lupa. Rasa marah, benci, semuanya menjadi satu.

Setelah dua hari baru saya berbincang dengan suami. Minta pendapat dan saran.  Tidak menyangka , suami memberi sokongan yang padu. Katanya kita mesti berjiwa besar dan berlapang dada. Mungkin inilah saatnya untuk kita memberikan maklumat yang benar. Kalau mereka tidak percaya semuanya, paling tidak sedikit pun tidak mengapa. Yang penting mereka boleh berfikir dan menimbang yang sebenarnya. Walaupun terdapat kemungkinan kejumudan dalam minda mereka, paling tidak mereka akan mendengar.

Masih lagi berfikir-fikir, saya ingin mengetahui siapa sebenarnya Tuan Hasbie Muda melalui sahabat facebook iaitu Dr. Kamarul Zaman (belum pernah bertatap muka) . Jawapan yang saya dapat ialah Hasbie, budak baik.  Bertanya lagi dengan sahabar facebook yang lain, iaitu Dr Mustafa (pernah satu kali berjumpa ketika beliau menyampaikan kertas kerja tentang Tan Sri Asri Muda di Kota Bharu). Jawapannya, budak bagus tu, saya pun mendapat undangan untuk membentangkan kertas kerja. Akhirnya setelah empat hari, saya memberikan jawapan: ya. Tentu sekali saya akan membentangkan kertas dari sudut ahli keluarga.

Apa yang akan saya bentangkan? Bermain-main dalam minda. Melihat dari pelbagai sudut, sejarah daripada kecil sehingga menutup mata,  membuat beberapa bab/bahagian, fokus yang boleh menarik perhatian peserta, apa lagi, apa lagi dan lagi. Berbincang dengan Najah, adik saya yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan. Setiap hari bertanya melalui telefon apa sahaja tentang Allahyarham. Berbincangkan lagi dengan Mutia Sabihah, adik saya yang tinggal di Bangi. Apa-apa sahaja yang ada dalam dokumentasi. Adik saya ini mempunyai perpustakaan kecil yang menyimpan dokumen Allahyarham.

Saya ke Bangi untuk melihat dokumentasi yang sesuai untuk kertas kerja nanti. Melihat mana-mana yang sesuai, memilih-milih gambar yang berkaitan, membaca dokumen untuk lebih faham. Saya akan bentangkan kertas bersumberkan bahan yang ada. Bukan hanya cakap-cakap kosong.

Dan akhirnya dua kali pertemuan di kafe 101 Mall, Putrajaya dan Bangi Gateaway. Bincang lagi. Di kafe? He….saya sering melihat perbincangan di kafe. Hanya mereka terdiri daripada orang-orang muda. Sedangkan kami hanya nenek-nenek. Saya juga berlagak seperti orang muda dengan menyandang backpack yang berisi notebook. Hasilnya?…he…demam urat, sakit belakang.

Kertas kerja itu saya halusi lagi supaya lebih mantap…pada pandangan sayalah. Dan supaya slaid power point lebih menarik, minta bantuan sahabat di Taman Melawati. Sebenarnya adik saya di Bangi juga boleh kerana beliau pensyarah komputer di IPG. Tetapi kerana kesibukan kerja dan saya mempunyai sahabat yang tinggal  dekat dan bersedia untuk membantu.

Akhirnya kertas kerja tersebut dibentangkan pada pukul 12.30 tengah hari, hari Sabtu, 31 Januari di Bilik Seminar 2, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur setelah tertunda selama 37 hari.

photo

Tahniah kepada Tuan Hasbie Muda dan sahabat-sahabatnya kerana atas usaha mereka, seminar ini berjaya diadakan walaupun terdapat beberapa halangan kondisi dan situasi. Syabas.

SAKINAH SHEIKH JUNID: FOTO

P1000999aa

Uni : kakak

Gadang: besar

Etet: Mak Cik

Delma: kereta kuda

Sakinah membelek baju yang hanya ada beberapa pasang. Baju mana yang akan dipakai untuk berfoto. Biru, cokelat atau hijau!. Foto? Ya…Sakinah perlu mempunyai foto untuk dilekatkan pada syahadah persekolahannya. Antara sedih dan gembira, ia telah tamat persekolahan di Diniyah Puteri dan akan meniggalkan Padang Panjang kota tercita untuk kembali ke Malaya.

“Pakai aja baju apa pun. Bukan kelihatan warnanya dalam foto”. Sakinah tersenyum. Kata-kata Uni Niah gadang tu betul juga. Foto hitam putih. Mana ada warna lain. Tapi kan foto tu boleh menggambarkan warna yang tebal atau cerah, walaupun hitam putih…ya!  warna kelabu yang cerah atau gelap.

“Ikut ya Kak Kinah” Hamidah merengek mahu ikut.

PADANG PANJANG“Piah pun nak ikut juga” sahut Safiah cepat sambil memiih baju yang hendak dipakainya.Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Diniyah Puteri hanya dibenarkan sebulan sekali sahaja untuk ke pekan Padang Panjang. Peluang ke pekan tentu sahaja digunakan untuk membeli keperluan dan juga melepaskan ketegangan dan keletihan mengulang kaji dan belajar selama sebulan.

“Eh…Midah dan Piah kan dah keluar bulan ni. Mana boleh keluar lagi”

“Bolehlah…” Hamidah dan Safiah merayu bersama-sama.

“Bolehlah, kan temankan Kak Kinah” mereka memberi alasan.

“Minta izin dengan Etet Rahmah dulu”

Hamidah dan Safiah berjalan cepat keluar dari asrama menuju ke rumah  Ibu Rahmah El-Yunusia, pengasas dan pengetua Diniyah Puteri yang masih dalam kawasan sekolah. Mereka tahu, Ibu Rahmah yang mereka sapa Etet untuk urusan yang tidak rasmi akan memberi izin untuk keluar ke pekan. Ibu Rahmah sangat perhatian dan sayang terhadap pelajarnya terutama dari Malaya. Pelajar dari Malaya jarang pulang waktu cuti sekolah. Kadang-kadang dari awal hingga akhir persekolah barulah mereka pulang setelah menerima syahadah sekolah.

Sakinah bercermin dan mencuba memakai selendang sementara menunggu Hamidah dan Safiah. Terbayang keenakan sate Padang dekat Jambatan Besi. Rancangannya setelah berfoto, mereka akan makan sate padang selain membeli keperluan diri.

Hamidah dan Safiah tersenyum-senyum menghampiri Sakinah dan mereka bersiap-siap untuk ke pekan.

“Jangan lupa bawa baju hangat, petang nanti agak sejuk” pesan Sakinah. Padang Panjang kota di antara Padang dan Bukit Tinggi mempunyai cuaca yang agak dingin.

Setelah semuanya siap, mereka bertiga pergi dengan menaiki delman yang sentiasa ada di depan sekolah.gambar-kuda-delman

SAKINAH SHEIKH JUNID: WANITA KITA DI ZAMAN ATOM

P1000996

Gambar di sebelah ialah Saudari Sakinah gadis yang berdarah kebangsaan dan keagamaan berpidato di hadapan 7000 orang lebih yang hadir daripada rapat raksasa “ Putera” di Padang Sarkas, Taiping, Perak baru-baru ini sebagai menghadiran fikiran kaum wanita Melayu terhadap Perlembagaan Federation Malaya adalah dibantah kerana tidak bertepatan dengan kemahuan rakyat Malaya yang lebih ramai. “ Kalau kita mahu merdeka tentu boleh merdeka” dan “Kalau percaya kepada diri sendiri semua boleh jadi” katanya di antara lain-lain. ( Majalah Mastika, jun 1947, muka surat 16)

Sakinah berdebar-debar dalam dua tiga hari ini. Biasanya debaran ini akan berakhir setelah pidato selesai. Begitulah yang sering dihadapai olehnya. Teks pidato yang ditulis sudah mantap rasanya. Pemilihan kata-kata juga dipilih dengan baik dan retorik yang bakal menaikkan semangat perjuangan. Isi-isi utama telah  ada dalam rangkaian minda yang akan diutarakan nanti. Apa lagi yang akan diucapkan nanti adalah untuk membakar semangat  masyarakat dan orang ramai  dan juga ahli AWAS (Angkatan Wanita Sedar) atau API (Angkatan Pemuda Insaf) yang sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi yang akan datang ke Rapat Raksasa nanti  .

Sakinah masih ingat lagi rapat umum yang diadakan di Kajang yang juga membuat gadis manis dari Kelantan iaitu Siti Mariam teruja dan menceritakan kejadian ini kepada Pak Sunya.

“Macam mana cerita rapat umum di Kajang?” Tanya Pak Su.

“Tak mahu cerita rapat umumlah, Pak Su pun dah boleh agak dah” Jawab Siti Mariam, puteri Saad Shukri yang juga anak saudara Mohd Asri dan terpaut hanya beberapa tahun saja umur mereka.

“Nak cerita  yang lainlah. Eh, Pak Su pernah dengar nama Sakinah Sheikh Junid?” Siti Mariam bertanya sambil tersenyum menggoda.

“Siapa dia? Tak pernah dengar. Tua ke muda?”

“Orang mudalah, orang AWAS. Berapi-api pidatonya dan manis orangnya. Kalaulah dengan Pak Su, padan benar” Siti Mariam tertawa.

Mohd Asri terdiam dan tersenyum. A…ah, nama Sakinah Sheikh Junid telah mula  terukir di bintang ingatan. Seperti apakah orangnya? Betulkah padan dengan dirinya? Dalam hal ini, Siti Mariam bersungguh-sungguh. Sebelumnya dia tidak pernah bercakap atau bercerita hal-hal yang sebegini.

Lain lagi dengan cerita ketika Sakinah dan rakan- rakan AWAS dan API hendak menghadiri rapat umum di Kuala Kangsar beberapa bulan yang lalu. Mereka menunggu kenderaan yang akan membawa ke sana. Bas yang ditunggu belum juga datang, waktu untuk rapat umum telah semakin hampir. Beberapa orang ahli API gelisah dan berjumpa dengan Sakinah.

“Kita batal aje lah Kak Kinah. Tak payah turun ke Kuala”

“Hah!! “  Sakinah mebulatkan matanya.

“Bas tak sampai-sampai lagi”

“Kalau bas tak datang, kita jalan kaki …” Jawab Sakinah selamba.

“Kita balik rumahlah, jauh tu”

“Padang Rengas  ke Kuala Kangsar bukan jauh sangat pun, hanya beberapa batu je. Kalau tak mahu pergi dan nak balik rumah, pakai je selendang dan baju kurung. Biar kami ahli AWAS ke sana dan berjalan kaki” Sakinah bersuara dengan agak keras.

Akhirnya semua ahli AWAS dan API berjalan kaki bersama-sama ke Kuala Kangsar untuk menghadiri rapat umum.

“Kak Kinah, jadi ke kita ni?” Sakinah tersentak dengan pertanyan sahabatnya.

“Eh jadilah, teks pidato dah siap ni, semangat pun berobar-kobar, kalau perlu jalan kaki, kita jalan.” jawab Sakinah.

Akhirnya  rapat raksasa di Taiping Berjaya. Sakinah telah memukau pendengar dengan syarahan yang berapi-api. Penonton diperkirakan seramai 7000 orang lebih.  Peristiwa ini diabadikan dalam Majalah Mestika keluaran Mac 1947 dengan tajuk ” Wanita Kita di Zaman Atom.

Semuanya menjadi mata rantai sejarah. Ini merupakan lapis- lapis kehidupan yang dilaluinya.

LARA 2014

Lara : Sedih (Kamus Dewan Edisi Keempat, ms: 802)

Tahun 2014 baru saja berlalu. Bersyukur kita kehadrat Ilahi, masih dalam kehidupan, diberi rezeki dan kesihatan. Amin. Selain itu  ujian dalam kehidupan juga  diberi untuk kita melihat apa yang telah kita dilakukan.

air-asia-airlineDuka lara tahun 2014, ialah kejutan yang mewarnai emosi dan juga fizikal. Tragedi pesawat MH370, MH17 dan melengkapi lara dengan QZ8501. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita merasai duka lara, titisan air mata, gelombang di dada yang bergetar walapun tak sehebat gelombang samudera. Setiap melirik berita, debaran masih terasa.

 

 

 

BANJIR

Berita lara yang tidak disangka-sangka: banjir di Pantai Timur yang mengobrak-abrikkan  kehidupan normal, melihat sikap sejati, mana sahabat, mana tempat mengadu, mana yang pandai berkata-kata, mana yang mengambil kesempatan dalam kesempitan, mana dan mana lagi.

 

 

Kita tangguhkan semua perhatian. Kita alihkan kepada mereka yang amat memerlukan. Ya Allah ampunilah hamba.

photo

 

 

 

 

BUDAPEST: KOTA WARISAN DUNIA

Buda

Buda

Perjalanan ke Budapest yang sebelumnya berhenti selama empat jam di Schicphol, Amsterdam membuat hati tertanya-tanya tentang bagaimana kota yang berada di Eropah Timur.  Di Lapangan Terbang Schiphol, kami menjadi perhatian penumpang yang lain. Ya, mungkin rupa dan pakaian kami yang berlainan daripada mereka. Kami tersenyum-senyum apabila mereka mengagak kami berasal dari negara mana sambil mata mereka memandang kami. Jepun, China, Vietnam dan akhirya Monggolia membuat kami hampir ketawa dengan kuat. Malaysia, kata kami  dan mereka mengangguk-angguk. Sememangnya kami tidak memakai mini telekung tetapi kami memakai tutup kepala bulat dengan syal yang melilit leher. Yang penting aurat tertutup. Kami dinasihati supaya jangan memakai jubah atau selendang yang panjang kerana ini menjadi perhatian imigresen di barat dan akan dibuat susah serta lama dalam pemeriksaan  dan sememangnya mereka alergi dengan pakaian sebegini yang dianggap teroris setelah kejadian WTC di Amarika Syarikat. Visa? Tentu sekali kita beruntung kerana tidak memerlukan visa untuk ke Hungary.

Penerbangan selama dua jam dengan pesawat Hungary dari Amsterdam serasa sebentar sahaja. Saya suka melihat penumpang-penumpang warga emas yang ceria dalam perjalanan mereka. Pelbagai bahasa yang tidak pernah didengar bermunculan sehingga saya tidak mengetahui bahasa apakah itu.

Kami menaiki teksi untuk ke hotel yang telah dipesan melalui  internet.

penginapan di Kawasan Buda

Penginapan di Buda

Setelah daftar masuk, kami bergegas ke stesen kereta api untuk membeli tiket ke Szombathely  kerana kami akan bertolak pagi sekali dan tentunya kaunter tiket belum dibuka. Kami hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan Buda dekat dengn hotel kami dan pada waktu malam kami di hotel sahaja. Pada waktu malam  di kota yang tidak biasa sebaiknya tidak keluar dari penginapan untuk keselamatan.

Kota Budapest yang terdiri dari kota Buda dan Pest yang terbelah oleh Sungai Danube dan telah telah disatukan sebagai single city pada tahun 1873. Namun, sebenarnya kedua bagian Buda dan Pest telah bersatu lebih awal

Chain Bridge

Chain Bridge

saat Chain Bridge yang siap dibangun pada tahun 1849 untuk menghubungkan kedua bagian kota ini. Jembatan gantung sepanjang 375 meter yang merentangi Sungai Danube iaitu sungai kedua terpanjang di Eropa yang juga melintasi 10 negara di Eropa Tengah dan Eropa Timur. Kota Buda, Pest dan Sungai Danube merupakan keunikan utama kota Budapest yang dianggap sebagai antara kota terindah di benua Eropa.

Bagi saya, Budapest lebih indah dari Paris dan lebih unik hanya sahaja penduduknya kurang ramah berbanding penduduk Paris yang sering tersenyum.

Saya hanya menikmati panorama Budapest setelah selesai tugas di Szombathely dan menginap di bahagian Pest. Kami mengambil paket pelancongan setengah hari kerana masa yang terbatas dan mahu melihat tempat yang menarik tanpa perlu memikirkan pengangkutaan dan tempat yang dituju. Terdapat beberapa orang pelancong bersama-sama kami dalam sebuah van.

Gilbert Hill

Gellert Hill

Van menyeberangi Elisabeth Bridge ke bagian kota Buda dan mendaki Gellert Hill. Di puncak bukit itu ada Citadel iaitu sebuah benteng yang dibangun pada tahun 1851 di ketinggian 235 meter. Benteng ini dilengkapi dengan meriam dan keperluan tentera sebagai banteng pertahanan. Terdapat The Liberation Monument di puncak bukit dan  dari sinilah panorama yang paling cantik dan menarik di kota Budapest, Sungai Danube dengan 8 buah jembatan yang merentanginya. Kami dapat merasakan hujan salju yang turun walaupun dalam penghujug musim luruh. Di sini, di balik Sungai Danube yaitu kota Pest, kelihatan bagunan Parlemen Hungary dan gereja St Stephen Basilica yang indah. citadel

Panorama Pest dari Buda

Panorama Pest dari Buda

Selain Gellert Hill, masih banyak tempat menarik di kota Buda dan salah satunya Fisherman Bastion yang terletak di Castle Hill. Bangunan Fishersman Bastion ini bergaya neo-Gothic yang memiliki 7 menara. Bangunan ini dibangun dari tahun 1895 hingga tahun 1902. Di hadapannya dibangun patung King Stephen I dari Hungary yang sedang menunggang kuda. Nama Fisherman Bastion yang dulunya merupakan merupakan sebuah pasar ikan pada zaman pertengahan.

Istana

Istana

Sebelah Fisheman Bastion terdapat Istana Buda yang merupakan ikon kota Budapest. Istana Buda ini ialah penempatan asal penduduk kota Budapest. Kota ini pernah ditaklukkan oleh tentara Monghul pada abad ke -13. Kota ini terletak di atas bukit pada ketinggian 48 meter dari Sungai Danube. Istana ini telah dibangun pada tahun 1714 – 1723 oleh King Charles III dengan seni bina Baroque. Seni bina Baroque dan Gothic popular untuk seni bina istana dan gereja di Eropa pada abad ke 17 dan 18. Pada tahun 1810 sebagian besar istana ini terbakar. Istana ini memiliki 203 buah bilik dan sekarang dijadikan museum dan Galeri Nasional.

Manakala bangunan parlimen yang terdapat di tepi Sungai Danube, kota Pest dibangun pada abad ke-19 merupakan simbol kemerdekaan Hungary. Bangunan ini dibina dari tahun 1885 hingga. Gedung ini sengaja dibangun berhadapan dengan Buda Castle  pada tahun 1902.

sinagog

Sinagog

Perjalanan ini juga melalui beberapa tempat pelancongan dan sejarah termasuk sinagog, tempat masyarakat Yahudi beribadah.

Saya tidak sempat mengguna pengangkutan awam keranaa kesuntukan waktu. Pada hal sesuatu yang paaling saya suka dalam perjalanan ialah menggunakan pengangkutan awam dan juga menjelajah pasar-pasar lama.

Budapest telah diakui sebagai Kawasan Warisan Dunia/World Heritage Site oleh Unesco pada tahun 2002.

Salju dari jendela penginapan

Salju dari jendela penginapan